Gambar-Gambar Hanez Suraya Mengeluarkan Peluh!

Posted by admin on 6:16 AM


Tak kenal Hanez Suraya? Mungkin gambar Hanez Suraya bersosial sebelum ini mampu membuatkan anda teringat dengan pelakon suam-suam kuku ini. Dan gambar Hanez Suraya kali ini menunjukkan yang dia sangat-sangat mementingkan stamina. Terpampang jelas kepenatan di wajah Hanez Suraya akibat beriadah terlalu lama sehingga larut malam.







Video Terkini KFC Pukul Pelanggan!

Posted by admin on 11:00 PM

Doakan yang terbaik

Posted by admin on 8:05 PM
pix_middle
pix_topright

DIA sedang bahagia dan setiap saat adalah detik penuh kemanisan yang tidak terungkap. Biar dihimpit tanggungjawab yang banyak dan jadual kerja bagai tiada kesudahan, pemilik wajah jelita ini mengakui setiap apa tersurat dalam hidupnya ketika ini begitu bermakna dan diterima dengan gembira.

Sekian lama mengunci bicara, berhati-hati dalam memberi kenyataan dan lebih selesa meninggalkan pelbagai persoalan dengan tanda tanya, kini masanya sudah benar-benar tiba buat Fasha melangkah ke fasa terpenting dalam hidupnya.

Teriak Fasha, 27, tatkala bertemu dengannya hujung minggu lalu, �I�m so happy dear!,� katanya mengukir senyuman panjang.

Mengenali bintang filem Cicak-Man dan Berlari Ke Langit ini, tidak mudah untuknya membuka cerita soal peribadi. Meskipun diperdaya seribu helah bagi mendapatkan penjelasan, anak kelahiran Johor Bahru ini hanya selamba kekal dengan jawapannya, �no comment�.


Jelasnya, usah terburu-buru berkongsi kisah bahagia kerana bimbang ia hanya singgah untuk sementara.


�Bukan berahsia atau sengaja main tarik tali, namun saya enggan terus tersilap percaturan yang akhirnya mengundang kecewa kepada diri sendiri. Sebelum ini saya tidak pernah memberi sebarang kenyataan sebaliknya semua yang tersebar hanya satu spekulasi, bukannya daripada bibir saya,� katanya memulakan perbualan.

Julung kalinya, bintang filem dan dramatis terkenal ini perlahan-lahan bercerita soal perasaannya yang kini menghitung hari menjelang detik bahagia menjadi permaisuri kepada lelaki idamannya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai, 36.

Adakah betul seperti dakwaan Fasha akan berkahwin pada April depan dan majlis bersejarah itu akan dilakukan di kota Jakarta, Indonesia?

�Saya bercinta dan itu adalah perkara yang tidak saya nafikan. Namun bercerita soal berkahwin dan perancangan ke arah itu, semuanya saya serahkan kepada Tuhan dan jodoh.

�Jujurnya Jejai memang sudah pun datang bertemu keluarga saya untuk merisik. Saya sendiri sudah menerima lamarannya dengan hati yang terbuka. Inilah dikatakan takdir dan jodoh,� katanya.

Gambar Jejai dan Fasha mengunjungi sebuah butik pengantin dan kemudian menghadiri kursus kahwin hujung minggu lalu di Mahligai Firdaus, Setiawangsa sudahpun tersebar luas di laman sesawang dan beberapa portal hiburan.

Tatkala kenyataan itu diajukan kepadanya, Fasha tersenyum mencerminkan rasa akurnya terhadap status selebriti yang ada padanya.

�Memang benar saya dan Jejai ada ke butik bagi mengukur pakaian. Betul juga mengenai gambar kami berdua menghadiri kursus kahwin baru-baru ini. Memang seronok apabila pertama kali bertandang ke butik pengantin dan berbincang mengenai busana pilihan. Begitu juga dengan kursus kahwin yang kami berdua hadiri. Ia satu pengalaman baru buat saya dan memberikan saya perspektif baru dalam membina sebuah keluarga.

�Alhamdulillah apa yang kami rancang berjalan dengan lancar. Itulah saya katakan usaha kami berdua untuk ke arah lebih baik dalam hubungan sedia ada. Insya-Allah kami lakukan perlahan-lahan mengikut masa yang sempat memandangkan kami berdua begitu sibuk dengan kerja masing-masing,� jelasnya lagi.

Teka-teki sebelum ini seperti gerak permainan catur yang tidak pernah sampai ke penghujung kini sudah kian terlerai.

Faktanya, Fasha memang sedang bahagia diulit rasa cinta dengan kekasihnya. Itulah lelaki yang sama sering kali dikaitkan dengannya.

�Alhamdulillah ranjau, dugaan dan seribu satu warna yang pernah singgah dalam hubungan kami tidak pernah berpanjangan. Biar pelbagai kisah dan versi pernah diceritakan, saya dan Jejai masih bersama dan itu saja yang mengundang rasa tenang buat saya selain kerja dan tanggungjawab harian yang begitu banyak.

�Jejai lelaki pilihan hati kerana sikap dan personaliti dirinya yang jelas menambat jiwanya untuk memilihnya sebagai pasangan hidup,� katanya.

Ditanya bilakah tarikh keramat yang akan memperlihatkan dirinya dirai di atas pelamin indah, Fasha yang terkenal dengan sikap mudah mesra hanya tersenyum dan meminta agar dirinya terus mendapat sokongan terutama keluarga dan peminat.

�Segala persiapan termasuk tarikh dan lokasi perkahwinan sudahpun ditetapkan pihak keluarga. Namun saya masih belum bersedia mengumumkannya kerana biarlah apabila sudah hampir dengan tarikhnya nanti. Saya harap peminat faham dan saya berjanji akan ceritakan segala-galanya apabila sudah sah nanti,� katanya yang kini sibuk di lokasi penggambaran Seindah Sakura.

Lebih menggembirakan hati si jelita ini apabila namanya sekali lagi berjaya menembusi senarai Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 bagi kategori Pelakon TV Wanita Popular.

Pernah merangkul lima kali trofi Bintang Popular sebelum ini dalam kategori Pelakon TV dan Filem, Fasha yang sekali lagi mengulangi kejayaannya tahun lalu dengan merampas kembali trofi Pelakon TV Popular menyifatkan pencalonan di ABPBH adalah satu penghargaan daripada peminat yang tidak henti menyokong.

Tidak pernah terdetik mengharapkan kemenangan, Fasha yang sudahpun membintangi lebih 10 filem dan puluhan drama TV sepanjang hampir lapan tahun dalam industri hiburan hanya melihat pengiktirafan seumpama ini satu bonus untuk terus membakar semangat menjadi yang lebih baik.

�Saya bersyukur setiap kali diumumkan pemenang kerana apa yang terlintas di fikiran adalah sokongan peminat. Mereka tidak henti mengundi dan terus memberikan semangat untuk saya memberikan yang terbaik dalam setiap hasil kerja selama ini.

�Alhamdulillah sekali lagi saya tercalon dan tidak pula saya mengharapkan kemenangan kali ini kerana akur dengan adat pertandingan serta nama pencalonan yang lain.

�Saya ikhlas dan jujur dengan apa saya lakukan. Meskipun tanpa pengiktirafan atau anugerah, saya akan tetap komited dan memegang disiplin untuk menjadi seorang anak seni yang jauh lebih baik,� katanya yang bakal muncul dengan 2 filem tahun ini, Dari Kerana Mata dan Penanggal.

Pelakon popular yang dikatakan �anak emas� TV3 kerana wajahnya yang tidak henti mewarnai drama siri di stesen TV

tersebut bakal terbang ke Paris penghujung bulan ini bagi menyudahkan penggambaran Seindah Sakura.

Menariknya lagi jelas Fasha, perniagaan pusat kecantikan rambutnya, Salon Chinta di Wangsa maju sudah pun menginjak tahun pertama. Sekelip mata bintang terkenal ini berjaya mencipta nama sebagai seorang ahli perniagaan.

Sazzy Falak Seperti Tidak Percaya Hampir Setahun Jadi Ibu

Posted by admin on 8:04 PM
Sazzy Falak

PETALING JAYA: Aktres Sazzy Falak bagaikan tidak percaya sudah hampir setahun memikul tugas sebagai seorang ibu kepada anak kembarnya, Iman Lilly dan Tiara Rose, yang kini berusia 10 bulan.

Sazzy atau nama sebenarnya Sazlini Shamsul Falak, 31, berkata keletah dan ragam dua puterinya itu yang semakin membesar membuatkan jadual hariannya terisi dengan padat selain komitmen kerjaya.

�Bayangkan, pada hujung April depan, genap setahun saya bergelar ibu. Saya rasa seperti bermimpi dan tidak percaya akan betapa cepatnya waktu berlalu.

�Macam baru semalam sahaja saya melahirkan mereka (Iman Lilly dan Tiara Rose), kini mereka sudah 10 bulan dan sedang aktif membesar,� katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Isteri kepada perunding kewangan dan pengacara Nazril Idrus itu berkata, tempoh selama hampir setahun bergelar ibu memberikan banyak pengalaman baru dan menyeronokkan buatnya.

Katanya, dia tidak menafikan bahawa dia perlu bersikap lebih selektif dalam memilih komitmen seninya demi keutamaan kepada anak-anak dan suaminya.

�Saya masih aktif sebagai pengacara tidak banyak berlakon buat masa ini. Sejak bergelar ibu, saya perlu lebih selektif dalam menerima tawaran lakonan kerana keutamaan kini adalah pada dua anak saya dan suami.

�Saya bukan memilih tawaran tetapi memilih tawaran yang boleh bersesuaian dengan waktu saya. Jika tawaran itu boleh bertolak-ansur dengan waktu untuk saya dan anak-anak, saya terima,� katanya.

Terbaru, lakonan Sazzy boleh ditonton dalam drama Sopi Sekuriti yang kini disiarkan sejak 28 Februari lalu pada setiap Selasa pukul 10.30 malam di Astro Warna (saluran 132).

Johan Kawal Pertuturan Elak 'Mulut Celupar'

Posted by admin on 8:02 PM
Johan (Raja Lawak) lebih peka dan berhati-hati dalam berlawak.

KUALA LUMPUR: Pelawak dan pengacara Johan (Raja Lawak) berkata beberapa kes kontroversi yang berpunca daripada keceluparannya ketika berjenaka membuatkan dia lebih berhati-hati.

Johan atau nama sebenarnya Mohamad Yazid Lim Mohamad Aziz, 27, berkata dia mengambil pendekatan untuk mengawal pertuturan bagi mengelak sebarang kontroversi atau salah faham daripada berulang, khususnya ketika bertugas sebagai penyampai di radio Era FM.

�Sebelum ini, sudah banyak kali jenaka dan gurauan saya disalah ertikan dan diambil serius sehingga mengundang kontroversi dan masalah. Bagi saya itu semua perkara yang lepas.

�Ia mengajar saya untuk lebih peka dan berhati-hati terutamanya dalam berkata-kata dan berlawak ketika bertugas di studio radio Era FM,� katanya.

Hos program Raja Lawak 6 itu ditemui selepas bertugas dalam segmen Johara Pagi Era di Pusat Penyiaran Asia, Astro, Bukit Jalil, di sini, Selasa.

Johan berkata, susulan beberapa kontroversi yang timbul, dia kini lebih selesa untuk bercakap mengenai perkara atau isu yang umum dalam jenakanya bagi mengelakkan salah faham mana-mana pihak.

Johan bersama Haniff (depan, duduk) dan Ray mengendalikan segmen Johara Pagi Era sejak Januari lalu.

�Saya memang peka tentang perkara-perkara sensitif dan dilarang. Untuk mengelakkan pentafsiran yang salah di kalangan pendengar, saya bersama dua lagi penyampai segmen Johara Pagi Era iaitu Ray dan Haniff memilih untuk bercakap atau bergurau tentang topik umum.

�Dengan cara itu, jenaka kami tidak akan menyinggung mana-mana individu atau pihak dan ia dapat diterima umum,� katanya.

Johan berkata sebagai bukti kepekaannya, dia turut menggunakan teknik yang lebih �selamat� pada salah slot kendaliannya, GMMJ - Gossip Mosip Mak Jemah yang berkisar tentang perkembangan dunia hiburan dalam dan luar negara.

�Saya tidak ulas secara bulat-bulat setiap gosip yang kami pilih tetapi saya garap ia menerusi kewujudan pelbagai watak termasuk karakter Mak Jemah dalam bentuk jenaka.

�Malah, saya akan cipta situasi baru yang tiada kaitan dengan gosip yang diketengahkan itu agar ia kedengaran lebih santai, ringan dan tidak menyinggung sesiapa,� katanya.

Trio ini bersiaran pada setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6 hingga 10 pagi di Era FM.

Bukan 4 tapi 6 isteri

Posted by admin on 8:01 PM
BUKTI...Hani menunjukkan dua salinan sijil perkahwinan isteri kelima dan keenam yang dinikahi saudaranya.
BUKTI...Hani menunjukkan dua salinan sijil perkahwinan isteri kelima dan keenam yang dinikahi saudaranya.

KOTA BHARU: Bermodalkan air liur dan putar belit, seorang lelaki berusia 50-an di sini, dikatakan licik menipu empat isterinya untuk bertindak gila dengan menambah dua lagi �cawangan� menjadikan jumlah keseluruhan isterinya enam.

Lelaki itu didakwa mengahwini isteri kelima di negara jiran pada Mac tahun lalu dan selang sebulan selepas itu mengahwini pula seorang wanita berstatus janda di tempat sama.

Dakwaan mengejutkan itu didedahkan seorang ahli keluarga terdekat lelaki terbabit yang tidak sanggup melihat saudaranya itu bergelumang dengan dosa.

Waris yang hanya mahu dikenali sebagai Hani, 40, berkata, dia terkejut kerana saudaranya itu berani melanggar hukum Islam apabila memiliki enam isteri serentak.


�Saya hairan bagaimana perkara ini boleh berlaku kerana ini kesalahan serius. Mempunyai lebih daripada empat isteri melanggar hukum agama dan perkahwinannya dengan isteri kelima dan keenam sepatutnya tidak sah,� katanya ketika ditemui, semalam.

Hairie Othman Tumpu Lakonan Selepas Kegagalan 'Dua Alam'

Posted by admin on 8:00 PM
Hairie Othman

SHAH ALAM: Pelakon Hairie Othman ingin menumpukan perhatian pada bidang lakonan selepas filem sulung arahannya, Dua Alam gagal mendapat sambutan penonton di pawagam.

Hairie, 41, berkata, keputusannya itu bukan kerana serik atau merajuk akibat tetapi rezekinya dalam bidang lakonan lebih menyerlah berbanding pengarahan.

"Dalam 10 tawaran yang saya terima, sembilan daripadanya adalah berlakon. Jadi lebih baik tumpu pada lakonan.

"Bukan kata merajuk atau dah tak minat mengarah tetapi rasanya lebih baik berlakon," ujarnya kepada mStar Online.

Hairie ditemui ketika menghadiri pelancaran drama bersiri Opah musim terbaharu di sini, Selasa.

Dalam pada itu, bercakap mengenai kegagalan Dua Alam, Hairie berkata dia tidak melihat filem berkenaan sebagai tidak berjaya kerana sebagai pengarah dia telah memberikan terbaik.

Ujarnya, dia juga tidak pernah serik untuk mengarah cuma tumpuannya kini pada lakonan.

"Mengapa saya perlu kesal atau serik hanya kerana filem itu gagal mendapat sambutan di pawagam?

"Saya tahu telah memberikan yang terbaik untuk Dua Alam dan disukai atau tidak oleh penonton adalah di luar bidang kuasa saya," ujarnya.

Dua Alam yang ditayangkan pada tahun 2010 hanya berjaya mengutip RM230 ribu sepanjang tayangan. Kutipan itu jauh tersasar daripada jangkaan asal iaitu sebanyak RM20 juta.

Sementara itu, Hairie berkata, selain drama bersiri Opah, dia juga sedang sibuk dengan beberapa penggambaran drama dan telefilem.

Tambahnya, dia akan terus menerima tawaran berlakon yang datang kepadanya selagi masih diperlukan dalam industri.

"Nak memilih sangat pun usia dah meningkat jadi saya bersyukur dengan segala tawaran yang ada. Tambahan pula ini adalah punca rezeki saya," ujarnya.

Azhar Tidak Mahu Dikenali Kerana Berwajah 'Boyish'

Posted by admin on 7:58 PM
Azhar.

PETALING JAYA: Juara Bintang Idola 2011, Mohd Azhar Osman atau Azhar memberitahu tidak mahu dikenali hanya kerana berwajah "boyish" sebaliknya ingin dipandang disebabkan bakat yang dimiliki.

Azhar berkata, dia tidak pernah melihat faktor rupa paras sebagai pengukur kejayaannya dalam bidang nyanyian tetapi yakin peminat dan penggemar muzik tempatan sudah bijak untuk membuat penilaian.

"Saya masuk ke dalam dunia hiburan ini menerusi sebuah pertandingan yang tidak menggunakan sebarang undian daripada penonton sebaliknya dinilai oleh juri profesional.

"Dari situ saya yakin tidak dinilai hanya kerana mempunyai wajah comel tetapi bakat," ujarnya kepada mStar Online.

Bagaimanapun katanya, dia sudah bersedia dengan sebarang komen dan pandangan masyarakat terhadapnya selepas ini jika ada yang mengatakan dia hanya bersandarkan kepada rupa paras.

Atas dasar itu juga katanya, dia perlu bekerja lebih kuat bagi memastikan bakatnya lebih menonjol berbanding perkara lain tentang dirinya.

Dalam pada itu, bercakap mengenai kerjaya nyanyiannya, Azhar memberitahu dia sedang dalam proses menyiapkan single pertama ciptaan Edry Abdul Halim.

Katanya lagu yang berkonsepkan pop balada itu dijangka akan siap dalam masa terdekat namun menjelaskan ia masih belum mempunyai tajuk.

"Saya gementar ketika pertama kali menjejakkan kaki ke dalam studio bersama Edry untuk proses rakaman lagu tersebut. Bagaimanapun dia sebenarnya adalah seorang yang peramah dan lucu.

"Malah dia juga adalah seorang komposer yang bijak dan mempunyai banyak idea dalam menghasilkan sesuatu," ujarnya.

Azhar kini bernaung di bawah label KRU Records sejurus selepas memenangi pertandingan Bintang Idola 2011 yang ketika itu Edry adalah salah seorang juri.

Sementara itu, Azhar berkata dia bakal mengadakan persembahan pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011) di Arena of Stars, Genting Highlands pada 8 April depan.

Menurutnya, dia akan menyampaikan lagu dendangan daripada Anuar Zain berjudul Keabadian Cinta secara medley bersama-sama dua lagi artis lain iaitu Bob AF dan Ziana Zain.

"Saya sangat teruja dengan persembahan tersebut kerana ia boleh dikatakan sebagai persembahan pertama saya yang paling besar setakat ini.

"Tambahan pula bakal berkongsi pentas bersama artis kegemaran saya iaitu Bob AF," ujarnya.

Katanya pemilihan lagu itu dibuat sepenuhnya oleh Pengarah Muzik terkenal iaitu Datuk Ramli MS dan memberitahu dirinya sedang giat menjalani latihan bagi memantapkan persembahan pada malam itu.

RTM Terbitkan Semula Drama 'Opah'

Posted by admin on 7:58 PM
Barisan pelakon drama bersiri 'Opah'.

SHAH ALAM: Drama bersiri Opah yang pernah menjadi fenomena pada tahun 1980-an bakal muncul dengan musim terbaharu yang akan mengangkat pelbagai isu kemasyarakatan dan kekeluargaan.

Pengarah drama itu, Zamani Ibrahim berkata, walaupun masih mengekalkan plot asal daripada musim terdahulu, pihaknya ingin menggunakan siri itu sebagai medium dengan menyuntik pelbagai pengajaran berguna kepada masyarakat," ujarnya kepada mStar Online.

Zamani ditemui ketika majlis pelancaran drama musim terbaru Opah di sini pada Selasa.

Tambahnya, permasalahan yang ditonjolkan dalam sub-plotnya drama itu sebagai satu kaedah untuk menerangkan peranan individu dan masyarakat tentang kesan sejauh mana bahaya sesuatu perkara dan penyelesaiannya.

Opah bakal dibarisi oleh pelakon hebat seperti Fadilah Mansor (Jenab/Opah), Shaharuddin Thamby (Osman), Hairie Othman (Alang Yasin), Aida Khalida (Timah) dan Zizan Nin (Azman).

Dalam pada itu, Zamani berkata siri terbaru ini akan memaparkan kisah hidup keluarga opah sebelum ini lakonan Allahyarham Zaiton Hussien menerusi generasi kedua.

Zamani Ibrahim

Ujarnya, watak Fadilah sebagai anak pertama opah iaitu Jenab akan menerajui plot penceritaan ini dengan pelbagai kisah menarik.

"Adalah tidak relevan untuk menggunakan Fadilah sebagai watak asal opah kerana peranan itu telah meninggalkan kesan mendalam di hati penonton sebelum ini.

"Sebab itu kita mengambil keputusan untuk meneruskan kesinambungan cerita ini dengan kehidupan anak-anak dan cucu opah selepas kematiannya," ujarnya.

Sementara itu, Zamani berkata, cabaran utama untuk menghasilkan drama ini datang daripada jenama Opah itu sendiri kerana siri itu cukup dikenali oleh penonton.

Katanya dia perlu bijak menyusun jalan cerita supaya penonton dapat mengikuti apa yang cuba disampaikan.

"Siri ini terlalu dekat dengan penonton sehingga ia menjadi satu cabaran buat kami di pihak produksi dalam memastikan ia benar-benar mempunyai kesinambungan dengan siri terawal supaya penonton tidak keliru.

"Atas dasar itu juga untuk musim terbaru ini kita mewujudkan beberapa jalur cerita secara berterusan dari awal hingga akhir musim bagi membawa perkembangan setiap watak dalam Opah," katanya.

Bakal menjalani penggambaran pada pertengahan Mac di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Perak, Opah musim terbaru akan menemui penonton pada September depan di TV1.

Lelaki Vietnam mati ditetak

Posted by admin on 7:56 PM
SIASAT... pihak polis memeriksa mayat yang disyaki warga Vietnam dengan kesan tetakan di seluruh badannya dalam kejadian di Jalan Seroja Kampung Sungai Kayu Ara.
SIASAT... pihak polis memeriksa mayat yang disyaki warga Vietnam dengan kesan tetakan di seluruh badannya dalam kejadian di Jalan Seroja Kampung Sungai Kayu Ara.

PETALING JAYA: Disyaki angkara judi, seorang lelaki warga Vietnam ditemui mati dengan perut terburai serta kesan tetakan di seluruh badan berdekatan sebuah rumah kedai di Jalan Seroja, Damansara Utama di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 malam itu, mangsa berusia dalam lingkungan 20-an ditemui orang ramai dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah berdekatan rumah sewa yang dihuni mangsa bersama isteri serta beberapa rakan senegaranya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata sebaik pihaknya menerima maklumat daripada orang ramai, sepasukan polis dihantar ke tempat kejadian untuk siasatan.

Menurutnya, mangsa yang bekerja dengan sebuah syarikat kimpalan dipercayai ditetak mati dalam pergaduhan dengan beberapa orang yang mungkin dikenalinya.


"Mangsa ditetak di seluruh badannya termasuk perut dan kepala dan kami sedang menjejaki rakan mangsa untuk siasatan lanjut,� katanya yang menolak kemungkinan samun sebagai motif pembunuhan.


Beliau yang ditemui di lokasi kejadian malam tadi berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

Sementara itu, seorang lelaki dikenali sebagai Thien yang mengaku teman sekampung mangsa di Vietnam, menjelaskan bahawa mangsa dikenali sebagai seorang yang gemar berjudi.

Menurutnya, kira-kira dua hari lalu, mangsa yang sudah lapan tahun bekerja di Malaysia, dikatakan mengalami masalah dengan beberapa lelaki warga Indonesia berikutan kegiatan judinya.

Katanya, dia percaya kejadian berkenaan berpunca daripada perselisihan faham dengan kumpulan lelaki Indonesia terbabit.

Menurut Thien lagi, mangsa baru melangsungkan perkahwinan tahun lalu dan tinggal bersama isterinya di rumah sewa terbabit.

Ahli Backstreet Boys Hilang Barang Kemas RM360,000

Posted by admin on 7:55 PM

AHLI kumpulan pop Backstreet Boys, Brian Littrell dilaporkan telah membuat laporan polis selepas kehilangan barang kemas bernilai RM360,000 di sebuah hotel penginapannya di Stone Mountain, Amerika Syarikat.

Littrell berkata kepada WSB-TV, dia dan isterinya menyedari kehilangan tersebut selepas meninggalkan hotel itu, di mana barang kemas berkenaan telah ditinggalkan selama satu malam.

Penyanyi utama kumpulan itu berkata sekembalinya ke hotel, barang kemas itu bagaimanapun sudah tiada.

Isterinya Leighanne Littrell memberitahu antara barang kemas yang hilang termasuklah cincin pertunangan mereka yang bernilai RM330,000.

WSB melaporkan, pihak polis yang menjalankan siasatan di hotel berkenaan pada malam Ahad (waktu tempatan) masih belum dapat memastikan waktu sebenar kejadian curi itu.

RM30,000 ginjal langsung hilang

Posted by admin on 7:54 PM
BUKTI...Wong (kiri) bersama Chong (kanan) menunjukkan gambarnya ketika dirawat secara tradisional.
BUKTI...Wong (kiri) bersama Chong (kanan) menunjukkan gambarnya ketika dirawat secara tradisional.

KUALA LUMPUR: Hasrat seorang operator kilang menyembuhkan penyakit buah pinggangnya dengan berubat di sebuah pusat perubatan tradisional Cina mengundang padah apabila dia bukan saja kerugian RM30,000, malah dua buah pinggangnya turut dibuang berikutan dijangkiti kuman.

Mangsa, Wong Kim Min, 47, yang menghidap penyakit buah pinggang sejak 10 tahun lalu diperkenalkan dengan seorang tabib Cina yang dikenali sebagai Dr Lau oleh rakannya.


�Saya berjumpa Dr Lau pada 5 Julai tahun lalu sebelum dimaklumkan dia mampu menyembuhkan penyakit saya dengan mudah.

�Bagaimanapun, Dr Lau meminta saya membayar kos perubatan RM30,000 dan saya menyerahkan wang itu kepadanya,� katanya ketika sidang media di Biro Pengaduan Awam MCA, di sini, semalam.


Wong berkata, sepanjang proses berubat, Dr Lau menggunakan 20 hingga 30 jarum suntikan sepanjang satu inci yang dicucuk di sekeliling perut dan kepalanya konon untuk mengeluarkan toksin daripada badan yang mengakibatkan penyakit berkenaan.


�Saya pulang ke rumah dalam keadaan kesakitan sebelum mengalami demam panas yang teruk pada malam itu. Saya menghubungi lelaki berkenaan, namun dinasihatkan supaya tidak mengambil ubatan moden mahupun pergi ke hospital,� katanya.

Tiga hari selepas menanggung kesakitan, Wong pergi ke Hospital Ampang (HA) untuk mendapatkan rawatan selepas mengalami muntah dan cirit-birit serta kencing berdarah.


Dia bukan saja disahkan menghidap demam panas, malah buah pinggangnya juga dijangkiti kuman kemungkinan besar akibat rawatan tradisional itu.

�Saya dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 13 Julai tahun lalu untuk menjalani rawatan lanjut dan pada 3 September tahun sama, kedua-dua buah pinggang saya terpaksa dibuang berikutan gagal diselamatkan.


�Saya kini terpaksa menjalani rawatan dialisis sekurang-kurangnya tiga kali seminggu berikutan sudah tiada buah pinggang,� katanya.


Menurut Wong, dia membuat laporan di Balai Polis Pudu pada 31 Januari lalu dan beberapa hari selepas itu, Dr Lau ditangkap polis dan direman lima hari.


Bagaimanapun, lelaki itu dilepaskan kerana menurut polis, mereka tiada bukti yang cukup untuk mendakwanya.


Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Micheal Chong berkata, pihaknya akan membawa perkara ini kepada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jawablah!: Sejak awal tak percaya Keno

Posted by admin on 7:52 PM
  • Foto

    Fauzi Nawawi

  • Foto

    Keno

Fauzi sekadar ingatkan, bukan ugut pengurus produksi

SEJAK awal lagi pelakon Fauzi Nawawi tidak pernah meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap Pengurus Keno Productions, Megat Mohd Noor Salleh Ghani atau Keno, terutama dalam hal membabitkan kewangan. Menurut suami pelakon Lisdawati ini, perasaan itu timbul selepas mendapat tahu Keno masih berhutang dengan pelakon teater Seri Mersing 1 dan 2, yang pernah diterbitkannya sebelum ini.
Namun, kerana tidak mahu usahanya berlatih dan menghayati watak Taruna bagi pementasan teater Se-Merah Padi sia-sia, Fauzi terpaksa juga meminjamkan wang kepada Keno yang berada dalam keadaan sangat terdesak ketika itu.
Pinjaman itu antara lain meletakkan syarat yang Keno dikehendaki membayar kembali hutang itu dalam tempoh dua minggu, memandangkan wang berjumlah RM28,000 itu milik rakan kongsi Fauzi, seorang warga Iran.

Bagaimanapun janji hanya tinggal janji. Selepas dua bulan berusaha menghubungi Keno yang tiba-tiba mendiamkan diri, akhirnya Fauzi hilang sabar sehinggalah tersiar berita mendakwa dia bertindak kasar terhadap pengurus produksi syarikat terbabit, seperti yang tersiar di media Khamis lalu.

Hip mendapatkan penjelasan Fauzi berhubung kontroversi itu.

Hip: Apa sebenarnya yang berlaku antara Fauzi dan juga Keno?
Fauzi:
Beberapa hari sebelum pementasan teater Se-Merah Padi berlangsung, Keno berada dalam keadaan terdesak apabila kru produksi mogok kerana hasil kerja mereka tidak mendapat bayaran. Bimbang keadaan menjadi kucar-kacir serta tidak mahu usaha saya selama sebulan berlatih untuk teater itu sia-sia, saya pun meminjamkan wang sebanyak RM28,000 kepada Keno. Tapi itu bukanlah wang saya, sebaliknya saya pinjam daripada rakan perniagaan saya, seorang warga Iran. Tindakan itu saya anggap seperti menyerahkan leher saya untuk digantung, apabila membuat pinjaman itu. Namun atas sebab saya sebutkan tadi, saya rela. Janji Keno berserta surat hitam putih, wang itu akan dipulangkan kembali dalam tempoh dua minggu selepas itu. Namun disebabkan saya sibuk dengan pelbagai aktiviti, tempoh itu berlanjutan hingga memasuki bulan kedua. Saya cuba menghubunginya, namun panggilan yang dibuat tidak berjawab. Mesej yang dihantar juga tidak berbalas.

Hip: Adakah itu yang menyebabkan Fauzi hilang sabar hingga berlaku kejadian ugut-mengugut?

Fauzi:
Tiada ugutan yang berlaku dalam hal ini dan saya masih lagi waras serta masih boleh berfikir sebelum melakukan perkara bodoh seperti itu. Apa yang berlaku, selepas gagal mendapatkan Keno, saya cuba mencari pengurus produksi teater berkenaan. Saya pergi ke rumahnya, malangnya dia tiada di situ. Yang ada di rumah ketika itu ialah kedua-dua orang tuanya. Saya masih ingat lagi perbualan kami waktu itu. Saya hanya mengingatkan supaya hutang itu segera dijelaskan kerana tidak mahu perkara yang buruk berlaku seandainya rakan kongsi saya sendiri yang berjumpa mereka. Tidak mustahil rakan kongsi saya itu akan bertindak kasar seperti merampas kereta miliknya. Saya sekadar mengingatkan dan bukannya mahu mengugut akan melakukan perkara itu semua. Kalau benar dia mendakwa saya mengugutnya, silalah bawa perkara ini ke mahkamah. Saya tidak gentar kerana saya tahu saya di pihak benar.

Hip: Jadi apa kesudahan perihal cerita hutang ini?

Fauzi:
Hutang peribadi dia dengan saya, iaitu duit lakonan masih ada berbaki RM14,000. Dia berjanji melunaskan semua hutang itu pada 15 Mac ini. Manakala wang pinjaman RM28,000 itu, saya baca di akhbar, katanya dia sudah menjelaskannya. Tapi maklumat yang saya dapat, dia bukanlah menjelaskan secara tunai tetapi menggunakan post dated cheque. Saya hairan, kenapa perlu menggunakan cek tertunda sedangkan dia pernah menunjukkan saya sekeping cek berjumlah RM30,000 pemberian penaja. Ke mana wang itu pergi?

Hip: Serik dengan apa yang berlaku?

Fauzi:
Jujurnya saya memang tidak percaya dengan Keno sejak awal lagi. Sebelum ini pun dia pernah membuat perkara yang sama, iaitu berhutang dengan pelakon dan kru yang terbabit dengan pementasan teater Seri Mersing 1 dan 2. Tapi atas sebab saya sebutkan tadi, saya terpaksa juga membantunya. Disebabkan dirinya yang sukar dihubungi dan tidak menjelaskan hutang dalam tempoh ditetapkan, hubungan saya dengan rakan kongsi saya terjejas. Saya malu kerana disebabkan insiden itu, bangsa Melayu yang lain mendapat nama buruk dan dilabel tidak menepati janji. Selepas ini, jangan haraplah untuk saya bekerjasama dengan produksi seperti ini. Saya percaya selepas ini akan ada lebih ramai pihak tampil ke depan untuk menuntut hak mereka. Kita tunggu dan lihat saja nanti.

Hip: Nampaknya watak jahat yang sering diberikan pada Fauzi membawa tuah apabila tersenarai sebagai finalis kategori Pelakon TV Lelaki Popular ABPBH2011. Komen sikit!

Fauzi:
Terus terang, saya memang terkejut dan tidak percaya apabila dimaklumkan saya tersenarai sebagai finalis. Hanya selepas isteri meyakinkan saya, barulah saya percaya. Saya anggap pencalonan ini sebagai rezeki. Peminat sekarang nampaknya tidak melihat status sebagai keutamaan untuk meminati seseorang artis. Apa yang penting, hasil kerja mereka haruslah berkualiti. Walaupun saya banyak memegang watak jahat, tapi jika kita buat kerja kita dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, saya percaya orang akan menghargai usaha kita itu.

Shakira gila bola

Posted by admin on 7:50 PM
pix_middle

JIKA anda menjalankan undian mengenai wajah paling popular di dunia ketika ini, tidak syak lagi penyanyi Colombia, Shakira (gambar) akan berada dalam kelompok teratas. Lebih-lebih lagi, artis itu bagaikan tidak boleh dipisahkan daripada bola sepak.

Selain membuat persembahan pada Piala Dunia 2006 dan 2010, dia turut terbabit dalam pelbagai projek kebajikan berkaitan bola sepak, malah turut berpacaran dengan pertahanan Sepanyol dan Barcelona, Gerard Pique.


SOALAN (S): Shakira, bagaimana anda boleh mula membabitkan diri dalam bola sepak?

SHAKIRA (SH): Pada 2006, saya diminta menyanyi untuk Piala Dunia di Jerman dan pada 2010, saya bertuah kerana sekali lagi diminta untuk menyanyi. Di sana, saya melalui detik paling sukar dilupakan dalam hidup iaitu Piala Dunia Afrika Selatan memberi saya pengalaman dari segi peribadi dan profesional.

Dari situlah saya mula terbabit dengan bola sepak apabila menyedari bahawa menerusi bola sepak, ia memberi impak kepada berbilion manusia setiap hari, mengenai impian pemain muda dan kanak-kanak yang menghabiskan banyak masa untuk sukan ini serta semangat yang dibawa terhadap setiap orang di seluruh dunia.


S: Bola sepak amat popular di Colombia, adakah ia turut diminati keluarga anda?

SH:
Adik-beradik lelaki saya meminatinya tetapi bapa saya tidak begitu berminat tetapi kini apabila anak perempuannya berkawan dengan pemain bola sepak dan itu membuatnya berminat.

Ayah saya lebih bersifat ulat buku, beliau berminat dengan perkara intelektual tetapi tiada siapa yang dapat melepaskan diri daripada bola sepak. Ramai yang sebelum ini tidak berminat dengan bola sepak kini menjadi sebaliknya.


S: Diri anda, misalnya...

SH:
Apa yang berlaku, sebaik anda mula memahami bola sepak, anda sedar bahawa ia bukan sekadar aspek fizikal atau mengejar bola semata-mata. Ia adalah satu sukan yang penuh strategi yang memerlukan banyak kebijaksanaan. Ia perlawanan yang turut mementingkan aspek mental.


S: Adakah anda akan menonton keseluruhan perlawanan?

SH:
Ya, sudah tentu!


S: Biarpun ketika Pique tidak beraksi?

SH:
Erm (ketawa)... ya, ya. Saya pernah menonton dan cuba untuk memahaminya kerana ingin tahu malah ingin tahu bagaimana strategi pasukan lain tetapi saya sentiasa menyaksikan perlawanan yang disertainya.


S: Tidakkah sukar untuk keluar dengan pemain bola sepak dengan kesibukannya menjalani latihan, perlawanan dan penerbangan?

SH:
Mempunyai kekasih dari kalangan artis juga bukan sesuatu yang mudah. Sebenarnya, saya memahami ia satu kerjaya yang amat sukar dan memerlukan dedikasi, komitmen, disiplin serta kerjasama dan ia berbeza daripada apa yang saya lakukan.

Saya tidak perlu menjawab kepada semua orang melainkan diri sendiri tetapi pemain bola sepak adalah seperti tentera dan mereka mempunyai tanggungjawab besar baik di padang mahupun di luar. Saya perlu memahami dan menyokong Gerard setiap kali dia memerlukannya.


S: Pernahkah anda bermain bola sepak?

SH:
Saya lebih senang menyanyikan lagu yang menaikkan semangat penyokong. Gerard pernah beberapa kali menghantar bola kepada saya tetapi saya tidak fikir dapat bermain dengan baik.


S: Anda pernah tampil dalam dua edisi Piala Dunia dan berikutnya akan diadakan di Brazil. Adakah anda teruja kerana ia diadakan di Amerika Selatan?

SH:
Sudah tentu! Brazil adalah antara negara yang saya sanjungi. Saya mempunyai peminat di sana dan kami sering berinteraksi sejak bertahun lamanya, begitu juga dengan rakan artis seperti Ivete Sangalo, malah mempunyai tokoh bola sepak seperti Pele.

Saya teringin pergi ke Piala Dunia itu, tidak kira atas kapasiti apa pun tetapi sudah pasti saya akan berada di sana. Saya fikir tiada siapa mahu melepaskannya, terutama sekali saya

Animasi Malaysia jelajah dunia

Posted by admin on 7:48 PM
  • Foto

  • Foto

  • Foto

SeeFood dapat pujian ketika hadiri pasaran filem Cannes

FILEM animasi tempatan, SeeFood, terbitan Silver Ant Sdn Bhd yang akan berada di pawagam mulai esok (8 Mac) sudah pun berjaya menembusi pasaran di lebih 90 negara.
Animasi yang mengambil masa selama dua tahun empat bulan untuk disiapkan itu juga pernah dibawa ke Festival Filem Cannes, Perancis, melalui usaha persendirian.
Membabitkan 35 juru animasi, filem pertama terbitan Silver Ant Sdn Bhd itu berjaya memikat ramai pembeli di pasaran filem antarabangsa berkenaan.

Pengarahnya, Goh Aun Hee, berkata pada mulanya beliau menjangkakan hanya empat atau lima negara akan menunjukkan minat terhadap filem terbabit. Bagaimanapun amat mengejutkan apabila kehadiran filem itu mendapat sambutan begitu baik sekali.

�Mereka memuji kualiti filem ini walaupun kami hanya menggunakan 35 juru animasi. Memang tak dinafikan, dengan jumlah tenaga kerja yang sedikit, ia memberikan cabaran berat kepada kami.

�Janganlah bandingkan kualiti filem ini dengan animasi daripada syarikat gergasi Hollywood seperti Pixar kerana bajet mereka adalah ratusan juta ringgit. Mereka juga mempunyai ramai tenaga kerja, mencecah 500 juru animasi, sedangkan kami berkerja dalam jumlah yang kecil.
�Bajet kami juga tidak sebesar peruntukan filem mereka. Dengan bantuan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi serta Saluran Kanak-Kanak Al Jazeera, hasrat untuk menghasilkan SeeFood akhirnya dapat direalisasikan.

Sebenarnya ilham menghasilkan filem ini tercetus sejak 12 tahun lalu, tetapi ia hanya dapat dilaksanakan empat tahun lalu dan memakan masa lebih dua tahun untuk disiapkan,� katanya.

Kepayahan mereka ternyata berbalas apabila filem itu mendapat pelbagai pengiktirafan, biarpun ia belum lagi menjengah pawagam. Pada Anugerah Karyawan Animasi Malaysia 2011, SeeFood membawa pulang tiga anugerah iaitu Animator 3D Terbaik, Kompositor/Vfx Animasi Terbaik dan Montaj Animasi Terbaik.

Pada mulanya, menurut Goh, mereka merancang untuk merakamkan filem berkenaan dalam bahasa Melayu untuk pasaran negara ini. Bagaimanapun, menyedari ia akan mengambil masa lebih lama, apatah lagi proses menunggu tarikh tayangan sendiri sudah memakan masa lima bulan, hasrat itu kemudiannya dibatalkan.

�Bukan kami tidak mahu menayangkan filem ini di sini, tetapi tujuan asal kami sebenarnya mahu memperkenalkan negara kita ke luar negara. Ternyata usaha kami tidak sia-sia apabila mereka terkejut dan memuji SeeFood.

�Kami tidak kisah jika ada yang berkata kami meniru animasi Hollywood seperti Finding Nemo. Mungkin disebabkan ia berlatarkan alam dasar laut, secara tidak langsung orang ramai akan mengaitkan filem kami dengan animasi luar negara itu. Dari segi jalan cerita, SeeFood sebenarnya berbeza.

�Mereka yang sudah menonton filem ini ketika ditayangkan di Cannes memuji jalan cerita filem ini. Bagi mereka, jalan cerita filem ini unik. Apatah lagi kami turut menyelitkan mesej mengenai pencemaran laut dan juga pemburuan sirip yu,� katanya.

INFO

Filem: SeeFood
Syarikat produksi: Silver Ant Sdn Bhd
Genre: Animasi
Pengarah: Goh Aun Hee
Tayangan: Mulai 8 Mac 2012

Ketagih kuku panjang

Posted by admin on 7:47 PM
AYANNA sanggup hadapi sakit kencing manis daripada memotong kukunya.
AYANNA sanggup hadapi sakit kencing manis daripada memotong kukunya.

LOS ANGELES: Seorang wanita yang ketagih membiarkan kuku jari tangannya panjang, kini mempunyai kuku jari kaki yang panjang sehingga 10 sentimeter, menyebabkan pergerakannya terhad dan menjejaskan kesihatannya.

Wanita yang dikenali sebagai Ayanna, 54, adalah karektor aneh terbaru yang muncul dalam rancangan TLC, �My Strange Addiction� (Ketagihan Ganjil Saya).


Menerusi rancangan itu, Ayanna berkata, dia enggan memotong kuku itu dan menyifatkannya sebagai bayinya.

�Ia seksi dan nakal. Saya dianggap Dewi kuku panjang,� kata Ayanna dalam rancangan gaya hidup itu, sekali gus mengejutkan anak pembaptisannya, Kuwait dan rakan, Vincent.


Dia baru-baru ini disahkan menghidap penyakit kencing manis yang memerlukan dia melakukan senaman untuk mengatasinya.


Namun, peminat kuku terlampau itu tidak mempedulikannya. Keluarganya berkata, dia akan mempertahankan kukunya dengan apa cara sekalipun.

Ayanna yang terpaksa berjalan perlahan dengan mengunnakan tumit seperti penguin serta memanjat tangga dengan mengiring, jarang tidur melentang kerana selimut dirasakan seperti batu bata yang menghempap kuku kakinya.


Lebih buruk lagi, dia tidak boleh memakai stokin atau kasut lain kecuali selipar.

Ayanna tidak memotong kuku tangannya sejak berusia 24 tahun. Tetapi tahun lalu, ketagihannya itu merebak pada kaki.


Kuku jari kakinya yang terpanjang berukuran 10 sentimeter sementara yang terpendek, lima sentimeter. Kecewa dengan ketidaupayaan rakannya untuk bermain dengan cucunya serta kedegilannya untuk mengawal penyakit kencing manisnya, Vincent membawa Ayanna ke kelas tarian dalam usaha untuk menunjukkan tahap dia telah melumpuhkan dirinya.


Tetapi nenek itu menarik diri selepas sesi pertama kerana bimbang Vincent akan terpijak kukunya.


Tanpa putus asa, Vincent berusaha sekali lagi untuk meyakinkan Ayanna supaya mengubah gaya hidupnya. Dia memujuk wanita itu memotong kukunya itu. Bagaimanapaun, Ayanna menjawab: �Ia adalah 50 peratus daripada saya. Saya sudah pasti tidak akan memotongnya.�

Daniel Radcliffe Menderita Penyakit OCD

Posted by admin on 7:47 PM
Daniel Radcliffe.

DI sebalik wajah tenangnya, ternyata pelakon filem Harry Potter iaitu Daniel Radcliffe menyimpan satu rahsia yang cukup pahit buat dirinya.

Daniel dilaporkan menghidap penyakit �obsessive-compulsive disorder� yang lebih dikenali dengan nama OCD.

Seperti dilaporkan oleh akhbar The Sun, pelakon ini mengaku menderita dengan penyakit tersebut sejak berusia lima tahun dan kelainan yang ada pada dirinya itu telah membuatkan Daniel selalu tidak percaya kepada diri sendiri.

OCD adalah sejenis penyakit yang membuatkan penghidapnya selalu bersikap obsesif.

Perilaku ini membawa individu terbabit ke arah mementingkan kesempurnaan berlebihan.

Sebagai contoh, Daniel memerlukan waktu sehingga lima minit untuk meyakinkan dirinya bahawa dia telah mematikan suis lampu.

"Saya sentiasa mengulangi apa yang dilakukan atau berkata dalam hati. Penyakit ini kadang-kadang boleh membuatkan saya gila," ujarnya.

Bagaimanapun Daniel berkata keadaannya semakin baik kini dan mula mengurangkan sesi terapi yang dijalankan.

"Walaupun semakin baik tapi saya lalai untuk terus menghadiri sesi terapi yang mungkin akan menimbulkan masalah pada kemudian hari," ujarnya.

Drama Opah generasi baru

Posted by admin on 7:45 PM
  • Foto

    Barisan pelakon drama bersiri Opah generasi baru.

  • Foto

    Fadilah Mansor sebagai Jenab.

DRAMA bersiri popular, Opah, kembali menemui peminat selepas dihentikan siarannya 12 tahun lalu. Bezanya, Opah musim baru mengangkat generasi kedua iaitu anak sulung Opah, Jenab, sebagai tunjang utama dan wataknya nanti lebih moden serta terbuka, bersesuaian dengan situasi masa kini.

Pengarahnya, Zamani Ibrahim, berkata walaupun berbeza, namun drama rantaian ini masih mengekalkan tema dan inti pati asalnya iaitu mengetengahkan isu kemasyarakatan serta mesej kekeluargaan yang cukup kuat, seperti yang pernah disaksikan menerusi drama asal, yang bersiaran selama hampir dua dekad itu.
�Dalam drama ini, walaupun Jenab digambarkan sebagai bidan berusia 60 tahun, tidak berpendidikan tinggi, tapi dia mempunyai wawasan dan semangat keusahawanan untuk dikongsikan bersama anggota keluarga serta penduduk kampung. Dia bersama adiknya, Alang Yassin, mengusahakan pertanian herba untuk dijual, di samping kegunaan sendiri.

�Opah musim baru ini nanti akan lebih terbuka dan moden berbanding apa yang pernah ditayangkan dua dekad lalu menerusi watak dan perwatakan serta isu yang diketengahkan,� kata Zamani ketika ditemui pada majlis ramah mesra drama Opah musim baru di Shah Alam, petang semalam.

Hadir sama memeriahkan majlis itu ialah barisan pelakon yang terdiri daripada Fadilah Mansor, Hairie Othman, Saharudin Thamby, Sharifah Nadia, Zizan Nin dan ramai lagi.

Kata Zamani, dia turut bercadang mengundang seorang pelakon asal Opah untuk membintangi drama arahannya itu.
�Kami bercadang untuk mengundang Norlia Ghani, yang membawakan watak Joyah dalam drama asal. Sekurang-kurangnya watak itu nanti dapat membangkitkan nostalgia kepada penggemar setia drama ini. Begitupun, perkara ini masih dalam perbincangan memandangkan jadual Norlia cukup padat.

�Apapun, harapan kami dia dapat juga membawakan watak itu kerana dalam drama ini, ada babak imbas kembali yang akan mengimbau kenangan penonton pada drama asal,� kata pengarah daripada Unit Drama TV, RTM ini.

Bakal memulakan penggambaran pertengahan bulan ini, lokasi yang terpilih ialah Kuala Lumpur dan Perak.

Sementara itu, pemegang watak Jenab, Fazilah, berkata bukan mudah untuk memegang watak Opah kerana karakter itu cukup ikonik dan dekat di hati penggemar setianya.

�Apabila ditawarkan untuk membawakan watak itu, tidak dinafikan saya memang teruja. Namun pada masa sama, perasaan gementar dan bimbang itu tetap wujud kerana Opah ialah watak yang cukup besar. Mujurlah saya hanya membawakan watak sebagai Jenab, iaitu generasi kedua kepada Opah.

�Bagaimanapun, saya tetap perlu membuat persiapan sebaiknya memandangkan dalam drama ini, saya dikehendaki bertutur dalam bahasa Perak, sedangkan saya orang Negeri Sembilan. Mujurlah saya pernah bertutur dalam loghat itu sebelum ini, jadi tak adalah masalah sangat,� katanya.

Drama bersiri 13 episod ini dijangka menemui penonton September depan.

Pertemuan Ashton Kutcher & Demi Moore Timbul Persoalan

Posted by admin on 7:44 PM
Ashton & Demi Moore.

WALAUPUN telah sah berpisah, perhatian Ashton Kutcher terhadap bekas isterinya masih kuat apabila pelakon itu datang melawat Demi Moore selepas dia keluar daripada hospital baru-baru ini.

Bagaimanapun kedatangan Ashton menemui Demi telah menjadi pertanyaan kepada umum sama ada pasangan itu telah berbaik ataupun tidak.

Contactmusic melaporkan, lawatannya itu bukanlah salah satu usaha untuk berbaik dengan bekas isterinya tetapi adalah hanya untuk memberi sokongan kepadanya dan anak-anak Demi.

Demi dimasukkan ke hospital selepas mengalami kekejangan sebelum dijumpai tidak sedarkan diri oleh ahli keluarganya.

Pelakon itu didapati telah menyalahgunakan ubat selain penyakit �anorexia� yang ditanggungnya.

Akibat itu juga, Demi perlu menjalani rehabilitasi bagi memulihkan keadaannya dan kini dilaporkan sedang bersembunyi di sebuah lokasi di Karibia untuk menenangkan fikiran.

Pupuk kemesraan ibu, bayi

Posted by admin on 7:43 PM
pix_middle

APABILA ingin keluar rumah pasti pelbagai keperluan akan �diusung� bersama terutama jika membawa bayi, sama ada menyediakan bekalan susu, lampin, baju dan paling penting ialah kereta sorong bagi memberi lebih keselesaan terutama jika berada lama di luar rumah.

Namun, adakah ia praktikal untuk dibawa terutama jika berada di tempat tumpuan orang ramai seperti pusat beli-belah ataupun kawasan karnival?

  • Foto

    SELESA...Syazrina bersama anaknya, Adryn Johanna Khairold Safri, satu setengah bulan yang lena dalam gendongan menggunakan gelung silang.

  • Foto

    BEG SILANG BAYI...bahaya jika digunakan untuk membawa bayi keluar beriadah.

  • Foto

    SUKAR BERNAFAS...posisi bayi yang diletakkan dalam beg silang boleh menyebabkannya sukar bernafas.

  • Foto

    PRAKTIKAL...Nordziah Bakri menggunakan gendong lelilit pada kedua-dua bahu untuk menggendong anaknya.

Sudahlah terpaksa bersesak-sesak dengan ribuan pengunjung, ibu atau bapa terpaksa pula menolak kereta sorong yang membawa bayi mereka. Bukankah ia memberikan satu perasaan tidak selesa?

Malah, penulis sendiri cukup tidak gemar membawa kereta sorong sekiranya berada di luar bersama anak kerana ia mengganggu kelancaran �aktiviti� yang ingin dilakukan.


Sungguhpun terpaksa bersusah-payah, penulis sanggup mendukung ataupun menggunakan pembawa bayi walaupun untuk jangka masa lama kerana ia lebih praktikal daripada terpaksa berebut dengan orang ramai.


Menurut Pegawai Perhubungan Awam Malaysian Babywearers, Adriana Thani, kebanyakan ibu bapa yang menggunakan pembawa bayi biasanya bukan saja menyebabkan ketidakselesaan pada badan tetapi juga si anak itu sendiri.

Katanya, posisi badan mereka yang menggunakan pembawa bayi biasa juga berada dalam keadaan tidak baik iaitu badan akan membongkok ke hadapan bagi menampung berat bayi yang dibawa.

�Keadaan ini akan memberikan tekanan pada bahagian pinggang dan belakang ibu atau bapa dan jika menggunakannya untuk jangka masa lama, ia juga boleh memburukkan lagi keadaan.

�Begitu juga dengan bayi, pembawa bayi biasa tidak direka untuk memberikan sokongan terutama di bahagian pinggang dan pinggul bayi dan ini boleh memberi kesan apabila mereka belajar berjalan nanti,� katanya ditemui pada Expo Motherhood di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), baru-baru ini.

Di samping itu, penggunaan beg silang yang didakwa mampu memberikan lebih keselesaan kepada bayi serta memudahkan aktiviti harian juga turut mengundang bahaya yang lebih buruk kepada bayi.

Reka bentuk beg silang ini lebih kepada bentuk segitiga dengan bahagian bawah yang rata serta tinggi di bahagian tepinya.

Adriana berkata, bentuk sebegini akan menyebabkan muka bayi berada terlalu rapat dengan bahagian tepi beg berkenaan. Jika bergerak sedikitpun, bayi terbabit makin merapati bahagian tepi beg dan ini boleh menyebabkan bayi mengalami kekurangan oksigen dan lemas.

�Bentuknya yang terlalu labuh serta bahagian dalaman beg juga terlalu dalam hingga menyebabkan kedudukan bayi terperosok ke bawah.

�Ibu atau bapa pasti susah untuk melihat wajah bayi yang dibawa di dalam beg silang sebegini hinggakan sukar untuk memastikan mereka boleh bernafas dengan baik ataupun tidak disebabkan strukturnya yang lebih kepada bentuk beg biasa,� katanya.

Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, apabila bayi diletakkan di dalamnya, posisi badannya akan berada dalam keadaan merengkok hinggakan dagu boleh menyentuh dadanya.

�Posisi sebegini amat berbahaya bagi bayi kerana boleh menyebabkan pernafasan bayi terganggu akibat terlalu menekan lehernya hinggakan bayi terpaksa berusaha bernafas dengan lebih kuat.

�Malah, jika ibu atau bapa memberi susu kepada bayi dalam keadaan ini juga boleh menyebabkannya tersedak tanpa disedari ibu bapa kerana keadaan kain tepi beg yang berlebihan menutupi mukanya,� katanya.

Disebabkan itulah, katanya, cara paling mudah untuk membawa bayi adalah dengan menggendongnya menggunakan kain yang diikat secara manual sama seperti yang biasa menjadi amalan golongan ibu di kawasan pedalaman.

Melalui kaedah menggendong bayi seperti ini ia dapat menguatkan kemesraan antara si pemakai dan bayi kerana bayi berada kedap dan rapat pada badan si ibu, malah ia juga membolehkan si ibu melakukan kerja rumah dengan lebih mudah tanpa perlu berasa risau anak menangis ataupun sebaliknya.

Bagaimanapun kini, terdapat pelbagai kelengkapan mengendong yang ada dalam pasaran antaranya dompet gantung, gelung silang, mei tai, pembawa bertali lembut dan kain lelilit yang direka semula mengikut kesesuaian fesyen terkini.

Selain itu, Adriana berkata, penggunaan peralatan menggendong mempunyai banyak kelebihan antaranya dari sudut fisiologi iaitu bayi yang digendong ketika keluar rumah mampu tidur dengan lebih mudah serta kurang meragam.

Paling penting ialah mengetahui kaedah yang digunakan betul iaitu memastikan bayi berada dalam kedudukan terbaiknya iaitu punggungnya perlu terletak lebih rendah daripada lutut.

�Boleh dikatakan bayi berada dalam kedudukan �M� dengan kakinya berada dalam keadaan terkangkang luas memeluk badan ibunya.

�Malah, kedudukan bayi yang digendong juga perlu berada tinggi iaitu pada aras dada dan dagu ibunya serta kain yang digunakan untuk melilit perlu ketat bagi memberikan sokongan kepada tulang belakang dan pinggul apabila dikendong,� katanya.

Ini diakui sendiri ibu kepada tiga anak, Faridah Halina Zairi, 34, apabila menggunakan kaedah menggendong jenis lelilit untuk anaknya, Khadeeja Azmin, lima bulan.

�Mungkin pada pandangan orang ramai cara sebegini agak menyusahkan kerana kain digunakan perlu dililit pada badan tetapi yang nyata bayi menyukainya kerana lebih selesa dan berada dekat dengan ibu.

�Posisi badan bayi juga berada dalam keadaan tidak terlalu melengkung seperti penggunaan pembawa bayi biasa kerana kain yang digunakan memberikan sokongan penuh di bahagian pinggul bayi,� katanya.

Faridah Halina berkata, tidak dinafikan isu utama yang menjadi persoalan adalah keselamatan bayi dan melalui kaedah ini, si ibu tidak perlu risau bayi akan terjatuh kerana ikatan kain yang digunakan kukuh mengikut saiz bayi.

Sementara itu, Syazrina Ismail, 31, pula berkata, dia menggunakan kaedah sebegini bertujuan memastikan anaknya berada dalam keadaan lebih tenang serta kurang menangis.

Katanya, kaedah menggendong begini amat mudah dan hanya menggunakan silangan kain pada satu bahu saja bergantung pada berat bayi.

�Penting untuk memastikan kedudukan anak berada dalam posisi betul bagi memastikan keselesaan serta kita tidak mengalami sebarang masalah ketika membawanya iaitu anak perlu berada dalam keadaan duduk sepenuhnya.

�Ini akan memastikan bayi anda selesa ketika membawanya terutama jika berada di kawasan sesak dan mereka akan tidur lena tanpa mengganggu sebarang aktiviti dilakukan,� katanya.

Pengasas perniagaan barangan kelengkapan bayi secara dalam talian JumpSacBaby.com ini berkata, anak pertamanya sebelum ini mengalami masalah kolik iaitu kerap menangis apabila dia tiada di sisi.

�Disebabkan itu, saya mencari sesuatu yang praktikal untuk digunakan dan mula menggunakannya ketika anak berusia tiga bulan dan boleh dikatakan ia agak lewat tetapi berjaya mengurangkan masalah itu sepenuhnya.

�Kini untuk anak kedua, saya menggunakannya sejak awal dan nyata dia tidak banyak ragam dan saya mampu melakukan banyak tugasan di rumah,� katanya.

2 filem seminggu

Posted by admin on 7:42 PM

pix_gal0
Atasi masalah penayangan 70 judul sepanjang tahun ini

PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bakal melaksanakan sistem baru Skim Wajib Tayang yang membolehkan dua filem tempatan ditayangkan serentak di pawagam seluruh negara dalam tempoh seminggu, bermula Mei ini.
Ketua Pengarahnya, Mohd Naguib Razak, berkata lambakan filem yang dijangka mencecah 70 judul hingga akhir tahun ini memerlukan agensi berkenaan mencari pendekatan supaya tiada produk terpaksa menunggu lebih enam bulan bagi mendapatkan tarikh tayangan.
"Sistem yang dirancang tahun lalu ini lebih kepada merangsang industri supaya berkembang"

- Mohd Naguib Razak
Ketua Pengarah FINAS
Begitupun, syarat khusus digariskan demi menjaga kepentingan penerbit termasuk penggiat baru, selain memastikan pempamer mematuhi peruntukan FINAS di bawah Skim Wajib Tayang 2005 yang memerlukan pengendali pawagam memberi surat tunjuk sebab sebelum menarik balik penayangan disebabkan kurang penonton.

�Industri filem tempatan berkembang pesat dengan tahun lalu saja kutipan box-office mencecah RM125 juta berbanding sebelumnya, RM50 juta, sekali gus memerlukan kita lebih agresif membantu penggiat industri menonjolkan produk mereka menerusi sistem baru ini.

�Sistem yang dirancang tahun lalu ini lebih kepada merangsang industri supaya berkembang lebih pesat. Dua minggu lalu, Jawatankuasa Skim Wajib Tayang mengadakan mesyuarat yang turut dihadiri pempamer bagi memperincikan perkara ini,� katanya pada sidang media khas di sini, semalam.

Terdahulu, ketika Skim Wajib Tayang diperkenalkan pada Jun 2005, pempamer dikehendaki menayangkan filem diluluskan selama 14 hari berturut-turut. Bermula Mac tahun lalu, skim itu diubah dengan sebuah filem seminggu.
Hadir sama Presiden Persatuan Filem Malaysia (PFM), Datuk Paduka Shuhaimi Baba; Timbalan Presiden PFM, Datuk Yusof Haslam; ahli jawatankuasa Skim Wajib Tayang, Ahmad Idham; dan penerbit baru, Esma Daniel.

Naguib berkata, pengenalan syarat khusus juga diguna pakai supaya tiada filem �dimakan� produk yang ditayangkan serentak dengan membariskan filem bukan daripada genre atau pelakon sama, selain tidak meletakkan filem orang lama yang dengan penerbit baru.

�Jangan salah faham. Keputusan ini tidak dapat dielakkan demi kepentingan penggiat industri, malah kita tidak mahu penerbit rasa tergugat dengan memberikan penerangan lengkap kepada mereka pada Hari Terbuka Finas, 16 Mac ini.

�Bagi produser pula, kita akan memastikan hanya produk berkualiti sampai kepada kami menerusi penetapan syarat sekurang-kurangnya 70 peratus dirakamkan menggunakan filem dan bakinya digital kerana semua ini bakal dinilai jawatankuasa sebelum ia layak mendapat tarikh tayangan,� katanya.

Sementara itu, Ahmad Idham berkata, bermula Januari hingga Mac ini, jawatankuasa Skim Wajib Tayang menerima 20 permohonan filem yang sudah siap untuk mendapatkan tarikh tayangan, manakala lebih 80 syarikat lain meminta lesen penggambaran.

�Daripada angka ini saja kita sudah dapat menjangka berapa banyak judul bakal masuk pawagam. Jika tidak melaksanakan dua filem seminggu, barangkali ada yang perlu menunggu setahun semata-mata disebabkan ketiadaan slot,� katanya.

Shuhaimi pula berkata, notis mengenai skim baru terbabit sudah diedarkan kepada ahli sejak Disember lalu dan berharap mereka dapat hadir pada Hari Terbuka Finas untuk mendapatkan maklumat lengkap.

�Kita faham jika ada di kalangan penerbit berasa cuak dengan sistem tayangan dua filem seminggu. Perkara ini sudah diperhalusi, tetapi kami dimaklumkan FINAS masih mengambil kira maklum balas penerbit sebelum skim ini dimulakan,� katanya.

Perincian gaya, warna Esprit

Posted by admin on 7:40 PM

Ringkas dan santai tapi masih menonjolkan ciri kewanitaan karakter paling ketara untuk koleksi terbaru Esprit 2012.


BERBEZA daripada himpunan gaya sebelum ini, koleksi terbaru Esprit lebih menyerlahkan warna dan gaya selain memberi tumpuan kepada perincian.

Bakal menemui peminatnya tidak lama lagi, kempen Esprit 2012 telah memilih model antarabangsa asal Brazil, Gisele Bundchen sebagai dutanya.

Dilihat sebagai seorang wanita yang moden, bersahaja dan berkeyakinan, Gisele sebagai gadis Esprit membawa anda apa yang disukainya.

Melihat akan gaya yang diperagakan, ternyata koleksi kali ini menampilkan sisi personaliti si pemakai yang penuh karisma.

Dari segi pemilihan warna, koleksi ini lebih fokus kepada warna-warna yang menunjukkan emosi dan juga keghairahan.

Suami bukan pelan persaraan wanita

Posted by admin on 7:40 PM

Kegilaan membeli-belah yang keterlaluan mungkin perlu dikurangkan jika wanita mahu melalui usia persaraan dengan selesa dari segi kewangan.


RAMAI wanita beranggapan suami adalah teman sehidup semati, tempat bermanja dan bergantung segala-galanya. Suatu anggapan yang ideal untuk pasangan yang melayari bahtera perkahwinan.

Namun setiap wanita juga harus bersedia untuk menghadapi pelbagai kemungkinan kerana setiap pelayaran pasti tidak sunyi daripada cabaran dan dugaan.

Suatu fenomena yang mungkin menyentuh sukma seorang wanita, tetapi merupakan hakikat yang perlu diterima ialah lazimnya jangka masa bekerja bagi seorang wanita lebih singkat dan pendapatan yang diperolehi juga agak kurang berbanding lelaki sepanjang hayatnya.

Namun, wanita didapati menikmati kehidupan lebih lama dari kaum lelaki. Jangka hayat wanita Malaysia adalah 79 tahun berbanding lelaki 75 tahun.

Inspirasi kota Paris

Posted by admin on 7:38 PM

Pengarah Urusan Sophie Paris, Geoffrey Bagot (lima dari kanan) bersama kakitangan dan model yang menggayakan koleksi terbaru yang terdapat dalam katalog kedua Sophie Paris.


KUMPULAN ini dianggotai 50 orang ahli yang terdiri daripada pereka fesyen, artis grafik, jurugambar dan model yang berasal dari Perancis serta Indonesia.

Sasaran mereka ialah untuk menghasilkan kira-kira 75,000 pilihan koleksi produk fesyen menjelang penghujung 2012.

Ia merangkumi beg tangan, aksesori hiasan, jam tangan dan akan diperluaskan kepada produk kosmetik, pakaian serta kasut demi melengkapi keperluan fesyen wanita dari hujung rambut hingga kaki.

Itulah azam jenama fesyen terkenal dari Perancis, Sophie Paris yang membuka cawangan pertamanya di Malaysia selepas 15 tahun mereka bertapak di Indonesia.

Perkahwinan di taman atas bangunan

Posted by admin on 7:37 PM

Persandingan gemilang di Kampung Pengantin.


BAKAL pengantin yang mahukan kelainan pada majlis perkahwinan mereka pasti akan teruja dengan konsep perkahwinan dalam taman di atas bangunan.

Idea ini sudah tentunya mencetuskan rasa ingin tahu yang mendalam bagi pasangan yang sedang tercari-cari konsep dan lokasi persandingan impian.

Bayangkan majlis yang berlangsung nun di atas puncak bangunan tetapi ia bagaikan dalam taman dengan teres terbuka berlatar belakangkan cahaya neon bandar raya Kuala Lumpur.

Majlis yang pasti tidak mudah dilupakan bukan saja oleh mempelai bahkan tetamu yang hadir itu cuba direalisasikan oleh Kampung Pengantin, pengendali majlis perkahwinan terkenal di Kuala Lumpur.

Berkonsepkan hanging garden atau taman tergantung yang 'dibina' atas bangunan rumah kedai kini menjadi lokasi terbaru Kampung Pengantin.

Lokasinya juga tidak jauh dari pusat bandar iaitu di Jalan Genting Klang, yang mudah dikunjungi tetamu dari dalam dan luar Kuala Lumpur.

Menariknya, di tempat baru itu tetamu diberi dua suasana berbeza ketika menjamu selera iaitu dalam dewan dan teres terbuka.

Menurut pemiliknya, Syed Nahar Syed Hassan itu adalah satu pilihan untuk bakal pengantin yang mahukan suasana berbeza dan cantik.

"Bayangkan, sambil tetamu menjamu selera, pada masa sama mereka boleh bersantai di teres terbuka bersama rakan-rakan.

"Di bahagian ini juga diletakkan deretan gerai yang mempunyai sedikit persamaan dengan keadaan di hotel.

"Antara menu yang sesuai diletak di ruang teres ini seperti cendol, barbeque dan hidangan pencuci mulut seperti bubur dan sebagainya.

"Bukan itu sahaja, dengan hiasan kayu lattice yang dicat putih dan pohon-pohon hijau memang melambangkan kesucian dan keindahan sesuatu majlis perkahwinan.

"Ini pasti memberikan rasa teruja buat pengantin dan tetamu," jelas Syed Nahar ketika ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.

Walaupun lokasi perkahwinan dalam taman atas bangunan itu baru dimulakan pada Februari lalu, namun sudah lima majlis berlangsung di situ.

"Sambutan memang menggalakkan. Ramai bakal pengantin teruja mahu mengadakan majlis kenduri di sini.

"Antara kemudahan lain yang terdapat di lokasi baru Kampung Pengantin ini ialah surau, bilik menunggu untuk orang kenamaan dan bilik persalinan pengantin.

"Akses ke tingkat ini juga mudah kerana ada tiga lif dan satu eskalator disediakan serta kemudahan letak kereta yang banyak dan percuma.

"Tetamu minimum yang diterima untuk mengadakan majlis di sini adalah 600 orang. Bukan sekadar lokasi, kami juga menyediakan khidmat katering dan sesi merasa makanan sebelum pengantin membuat keputusan," ujarnya.

Syed Nahar berkata, sebelum ini Kampung Pengantin beroperasi di bangunan atas sebuah tanah lapang di kawasan Setapak, Kuala Lumpur.

Menurutnya, lokasi lama itu masih beroperasi dan menjadi pilihan ibu bapa pengantin yang mahukan kemudahan sepenuhnya buat para tetamu.

"Selain di taman tergantung ini dan di Kampung Pengantin di Setapak, kami mempunyai satu lagi lokasi baru iaitu di Dataran Merdeka.

"Uniknya di Dataran Merdeka ini, lokasinya berada di bawah tanah dan boleh memuatkan sehingga 2,500 tetamu pada satu masa.

"Dewan perkahwinan di Dataran Merdeka juga memudahkan tetamu kerana ia terletak bersebelahan dengan tempat letak kereta.

"Di sini tetamu yang tiba hanya perlu letak kenderaan mereka dan terus berjalan masuk ke dalam dewan untuk menikmati jamuan," ujarnya.

Majlis rai tetamu

Kata Syed Nahar lagi, idea untuk mewujudkan tempat perkahwinan berbeza untuk bakal pengantin bukanlah sesuatu yang boleh dirancang kerana ia bergantung kepada keadaan dan kehendak pengantin pada masa itu.

"Dari masa ke masa trend boleh berubah. Siapa yang mahukan kelainan terutama orang muda di bandar boleh memilih dua lokasi baru ini. Jika masih mahukan cara yang konvensional boleh memilih di lokasi lama," katanya.

Syed Nahar tidak menafikan bahawa suatu ketika dulu majlis perkahwinan yang jauh dari kawasan tempat tinggal pengantin atau ibu bapa pengantin dikatakan sukar untuk mendapat kunjungan tetamu.

Tapi senario tersebut nyata berubah sama sekali atas beberapa faktor.

"Tidak kira di mana saja majlis berlangsung, bakal pengantin kini sudah sedia memasukkan bajet pengangkutan seperti bas sewa untuk tetamu. Jadi ia satu kemudahan dan tidak membebankan tetamu.

" Bukan itu sahaja, majlis kenduri yang diadakan jauh sedikit dari kediaman pengantin akan menjadi satu tarikh yang dinantikan tetamu kerana ia ibarat satu percutian sambil menikmati makanan di majlis kenduri.

"Jadi isu tetamu tidak hadir kerana lokasi majlis perkahwinan yang jauh memang bukanlah satu masalah besar lagi," jelasnya yang turut menerima tempahan daripada pelanggan sejauh Putrajaya, Shah Alam, Puchong dan beberapa lagi lokasi di sekitar Kuala Lumpur.

Semua orang akan berkahwin

Berpengalaman lebih berpuluh tahun dalam bidang itu, Syed Nahar tidak bimbang tentang masa depan perniagaan dalam industri perkahwinan.

"Bagi saya industri perkahwinan akan terus mendapat perhatian kerana semua orang akan berkahwin.

"Memang sedia diketahui mengadakan majlis kenduri amat meletihkan. Proses sebelum majlis saja memakan masa berbulan, jadi bayangkan kepenatan yang dilalui oleh pihak yang terlibat.

"Jadi dengan adanya perkhidmatan yang kami sediakan ini ia memudahkan bakal pengantin dan ahli keluarga. Yang paling utama tetamu yang hadir turut sama merasa keselesaan tersebut.

"Bahkan berdasarkan pemerhatian saya, bakal pengantin dan ibu bapa biasanya memang mempunyai peruntukkan khas untuk majlis perkahwinan.

"Kami di Kampung Pengantin hanya mahu memastikan impian mereka direalisasikan melalui perkhidmatan yang kami tawarkan," ujarnya.

Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Kampung Pengantin boleh hubungi 016-2518035 (Syed Nahar) 016-5558035 (Fathin Mazlina)

Penajaan Gerbang Cinta

Kampung Pengantin juga merupakan salah satu penaja Peraduan Gerbang Cinta Mega Utusan Malaysia dari musim pertama lagi.

Bagi Syed Nahar, tahun ini peraduan yang memasuki musim ketiga amat beruntung kerana mendapat kerjasama dan tajaan dari Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat (KPWKM).

"Ini menambah semangat kami untuk memberikan tajaan yang terbaik buat pemenang.

"Apa yang pasti Gerbang Cinta Musim Ke-3 ini memang meriah dan pemenang akan mendapat hadiah yang memang amat lumayan," katanya.

Dilema malam pertama isteri

Posted by admin on 7:36 PM

Wanita yang baru berkahwin mahukan malam pertama dapat dinikmati dalam suasana yang indah.


UCAPAN salam sebagai pembuka tirai daripada seorang suami kepada isterinya membuatkan degupan jantung menjadi laju.

Itulah gambaran awal pada malam pertama bagi pasangan pengantin baru yang belum pernah dirasakan sebelum ini.

Sudah semestinya dan rata-rata pasangan yang baru berkahwin mahukan malam pertama dapat dinikmati dalam suasana yang indah agar menjadi satu pengalaman yang paling bernilai dan sukar dilupakan.

Jika keluaran sebelum ini ada membincangkan mengenai dilema malam pertama suami, sebenarnya isteri turut mengalami keadaan yang sama.

Untuk itu, penulisan Profesor Emeritus Dr. Mohd. Ismail Tambi dalam buku yang bertajuk Adab Malam Pertama ada menyenaraikan lima dilema yang sering dihadapi isteri ketika menghadapi malam pertamanya.

* Perasaan Gemuruh

Ada ketikanya isteri gagal memainkan peranan ketika hendak memulakan hubungan seksual bersama suami.

Hal ini mungkin disebabkan si isteri tidak pernah melalui pengalaman melakukan hubungan seks jadi perasaan takut dan gemuruh menguasai diri si isteri.

Akibat daripada perasaan tersebut, secara automatiknya isteri akan mencerutkan pembukaan faraj dan ini membuatkan seolah-olah pintu faraj menghalang ketika penembusan hendak dilakukan.

Situasi akan menjadi baik sekiranya kedua-dua pasangan suami isteri sedar akan perkara itu dan sama-sama memainkan peranan masing-masing ketika hendak melakukan hubungan seksual.

* Kesakitan

Seandainya isteri berasa gemuruh kerana tidak biasa berdepan dan melakukan hubungan seks, isteri tidak akan dapat memberikan kerjasama yang sewajarnya kepada suami.

Dalam keadaan sedemikian, isteri tidak akan dapat mengawal pembukaan faraj ketika suami ingin menyalurkan ereksi.

Ketika itu keadaan faraj akan kekal tertutup serta mencengkam-cengkam tanpa kawalan kerana berasa sakit akibat ereksi suami berulang kali mencuba untuk menembusi faraj isteri.

* Tidak dapat menyesuaikan diri

Dalam keadaan perasaan isteri tidak biasa dengan suasana baru, secara automatiknya faraj akan mencengkam-cengkam.

Keadaan faraj mencengkam tanpa kawalan ini dikenali sebagai �vaginismus� atau cengkaman.

Istilah Melayu pula dikenali sebagai �mati pucuk malam pertama�.

Apabila isteri menyedari bahawa dia perlu memainkan peranan dan perlu melegakan kemutan dengan cara tidak mencengkamkan pembukaan faraj, maka keadaan akan menjadi pulih.

Selain itu, boleh juga bagi isteri melembapkan pembukaan faraj dengan jeli pelicin atau cecair pelincir untuk memudahkan sentuhan pertama itu.

* Tidak Selesa

Ada ketikanya isteri mengalami perasaan tidak selesa ketika ereksi suami tersalur ke dalam faraj isteri.

Hal ini disebabkan isteri masih belum tahu cara untuk menggunakan faraj dan mengawal pembukaan faraj.

Dalam keadaan tidak selesa dan cemas itu, faraj akan menjadi kesat kerana kekurangan cecair pelembap.

Puncanya disebabkan oleh pengeluaran adrenalin dalam darah mengurangkan pengeluaran pelembap mukosa faraj.

Keadaan ini dikenali sebagai superficial dispareunia.

* Kurang Keyakinan

Apabila isteri dapat mengenal pasti tentang masalah yang dihadapi oleh dirinya dan atas dorongan serta tunjuk ajar suami, perasaan kurang yakin isteri akan dapat diatasi.

Dengan keyakinan diri yang diperoleh itu maka isteri akan lebih pandai mengawal otot farajnya dengan baik.

Jadi isteri akan dapat menyalurkan ereksi suami ke pembukaan faraj secara sempurna dengan melegakan pembukaan faraj (kemutan).

Kesan positifnya ialah isteri dapat memudahkan dan memberi ruang ereksi suami masuk juga bergerak dalam faraj dalam keadaan selesa dan sempurna.

Oleh itu barulah pasangan suami isteri dapat menghayati nikmat sentuhan intim dan mencapai kepuasan bersama pasangan.

Bella sukakan dunia kecantikan

Posted by admin on 7:30 PM

Kemahiran mendandan rambut dipelajari Bella ketika di Sekolah Menengah Vokasional Khas.


SEPANJANG usianya, dunia gadis ini berada dalam keadaan sunyi dan sepi. Tiada apa yang dapat didengari dan tidak pula dia berupaya untuk mengeluarkan kata-kata.

Pada penglihatannya cuma dunia indah dalam segala serba-serbi. Bertemankan kesunyian, dia mengharung kehidupan sejak dilahirkan di Perak, 29 tahun lalu.

Menurut Samsiah Saifuddin, dunianya sedari kecil hanya di rumah bertemankan adik dan abang-abangnya selain ibu serta bapanya.

Tidak banyak yang dapat dipelajarinya memandangkan keluarganya sendiri tidak dapat bertutur dengannya kerana tidak boleh dan tidak pandai menggunakan bahasa isyarat.

Justeru bagi Samsiah atau senang dengan panggilan Bella, anak kedua daripada tiga beradik ini apa yang dilakukannya hanya mengelamun dan bermain dengan kata hati.

Namun, dalam diamnya dia mempunyai cita-cita sendiri. Dia gemar pada kecantikan. Malah tangannya tidak pernah lari daripada menyelak majalah-majalah lama yang memuatkan rencana dan gambar-gambar mengenai dunia kecantikan.

Cita-citanya itu dipendam sehinggalah pada usia tujuh tahun apabila dia berpeluang menjejakkan kaki ke sekolah khas di Bangsar, Kuala Lumpur.

''Di situ barulah saya belajar bagaimana untuk mengenal huruf, membaca dan mengira. Saya juga belajar bahasa isyarat. Gembiranya hati saya tidak terkira kerana dunia saya kini baru terisi dengan rakan-rakan senasib dan dapat pula berinteraksi dengan mereka.

''Barulah saya dapat gambarkan bagaimana perasaan hati saya, bagaimana bergaul dalam kehidupan seharian dan sebagainya," katanya dalam bahasa isyarat ketika ditemui di Ampang, Selangor, baru-baru ini.

Setelah tamat sekolah rendah, dia memasuki alam sekolah menengah dengan ditempatkan di Sekolah Menengah Vokasional Khas, juga di Bangsar selama tiga tahun.

Di situ Bella memilih bidang kecantikan iaitu dandanan rambut. Selepas tamat sesi persekolahan dia bernasib baik kerana diberi peluang untuk bekerja di sebuah salon kecantikan di Ampang, iaitu di Cleo Studio.

Kini sudah lapan tahun Bella bekerja di situ. Bakatnya semakin terserlah. Menurut pemilik Cleo Studio, Maiyizatul Najwa Ab. Mutalib, Bella bukan sahaja seorang yang setia dan boleh diharapkan, malah dia merupakan seorang yang berkebolehan dan pakar dalam bidang kecantikan dan dandanan rambut.

Hasil daripada pengalaman yang ditimba sejak bekerja di salon berkenaan Bella kini berkemahiran untuk merawat rambut, melakukan spa dan kecantikan badan, merawat wajah di samping pedicure dan manicure serta solekan wajah.

Menurut Maiyizatul Najwa lagi, Bella juga boleh menggubah pelbagai barangan hantaran dan bunga untuk tempahan pelanggan.

Apabila ditanya bagaimana dia dapat melayan kerenah pelanggan yang pelbagai cita rasa, Bella memberitahu dia memahami apa sahaja kehendak pelanggan yang datang ke salon berkenaan.

Dia juga dapat mengetahui kelebihan dandanan yang diperlukan oleh seseorang itu dengan cara melihat watak dan wajah mereka. Begitu juga dengan gaya solekan yang diperlukan.

Kebahagiaan yang ditunggu oleh Bella selama ini akhirnya tiba apabila dia bakal diijabkabulkan pada bulan ini dengan insan yang dicintainya.

Menariknya, pasangannya ialah seorang lelaki normal berusia 25 tahun yang berasal dari Melaka.

Pastinya perkahwinan Bella akan mengubat duka dan kesepiannya selama ini dan alam berumah tangga semestinya satu perjalanan hidup yang amat menarik untuk dilalui oleh kedua pasangan ini.

Zaheera warisi perniagaan keluarga

Posted by admin on 5:43 PM

Zaheera Harun turut meminati bidang peragaan.


BAGINYA tiada apa yang mustahil di dunia ini asalkan diri mampu serta minat melakukannya. Dalam masa yang sama, anak keempat daripada lima beradik ini juga dilihat begitu komited dengan tanggungjawab yang digalas.

Ini kerana Zaheera Harun, bukan sahaja bergelar pelajar tetapi turut menyumbang tenaga membantu perniagaan yang diusahakan keluarganya.

Bagi dirinya, tiada istilah penat, malah Zaheera atau lebih mesra disapa Era gembira dengan apa yang dilakukannya hari ini.

Apa yang menarik boleh diceritakan mengenai gadis kelahiran Bangi, Selangor, ini ialah dia mampu melakukan pelbagai pekerjaan dalam satu masa.

Ini terbukti apabila dia yang masih lagi merupakan penuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Alor Gajah, Melaka, dalam bidang Komunikasi dan Media turut aktif sebagai model sambilan.

Rahsia kulit cantik

Posted by admin on 5:41 PM

Rafidah Musa menunjukkan rangkaian proudk RA II.


KEBANYAKAN wanita mengidamkan kulit yang halus, lembut, cerah dan menawan. Malah, kulit yang sihat dianggap gambaran awal kepada kecantikan sebenar.

Solekan sekadar menambah rias pada wajah. Namun segalanya masih bergantung kepada keadaan kesihatan kulit untuk menyerlahkan kecantikan.

Bagaimanapun ramai tidak menyedari kulit mudah hilang kelembapan yang membuatkan ia menjadi kering, kusam, kasar dan tidak bermaya.

Ini juga merupakan masalah biasa yang membuatkan kebanyakan wanita hilang keyakinan diri.

Justeru pemilihan rangkaian produk penjagaan wajah yang bersesuaian agar ia dapat memenuhi keperluan kulit.

Pengasas produk kecantikan RA II, Rafidah Musa berkata, kunci kepada kulit bersih dan muda adalah pemilihan produk sesuai dengan jenis kulit.

Rai 38 murid istimewa SK Jalan Semenyih 2

Posted by admin on 5:39 PM

Murid pendidikan khas dari Sekolah Kebangsaan Jalan Semenyih 2, Kajang, gembira diraikan dalam satu projek khidmat masyarakat di Telok Kemang, baru-baru ini.


TELOK KEMANG 5 Mac - Seramai 38 murid pendidikan khas dari Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Semenyih 2, Kajang gembira dan ceria apabila diraikan dalam satu projek khidmat masyarakat yang dianjurkan oleh Tiara Beach Resort di sini baru-baru ini.

Guru pembimbing, Noor Edira berkata, pelbagai aktiviti sukaneka dan permainan air yang dikenal pasti dapat merangsang kecerdasan mental dan fizikal murid-murid tersebut diadakan dalam program selama sehari itu.

"Pihak sekolah akan mengadakan aktiviti terapi air dan pasir yang dapat melatih murid-murid ini dan meningkatkan keyakinan mereka apabila berada di dalam air.

"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak resort kerana sudi memberi kerjasama serta menyokong projek sosial komuniti ini," katanya.

Menurutnya, semua murid diberi makanan percuma oleh pihak resort sepanjang program itu berlangsung.

Sesak nafas kronik bahana rokok

Posted by admin on 5:26 PM

Keadaan paru-paru yang rosak akibat COPD.


DAHULU rokok sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya. Setiap pagi sebelum menjamah makanan lain, rokok perlu diberi keutamaan,'' ujar Lau Swe Teng.

Bagaimanapun keadaan itu sudah berubah, sebaliknya rokok kini menjadi musuh utamanya apabila baru-baru ini dia diserang sesak nafas teruk dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi selama 10 hari.

Lebih parah doktor mengesahkan Swe Teng menghidap penyakit sekatan pulmonori kronik (COPD) yang menyebabkan dia sukar bernafas.

Peristiwa itu betul-betul mengubah kehidupan lalu DIA meninggalkan 'buah hatinya' yang mula 'dikenali' ketika usianya baru mencecah 12 tahun.

Dia bermula dengan menghisap rokok daun sebelum lama-kelamaan beralih kepada rokok biasa.

"Biarpun usia masih muda, tetapi waktu itu saya mampu menghabiskan lima batang rokok setiap hari,'' ujarnya lagi yang kini berusia 66 tahun.

Ketagihan rokok bagai tidak ada kesudahan sehingga dia menghabiskan tiga hingga empat kotak rokok sehari.

"Rokok adalah kekasih saya, cinta saya terhadap dia melebihi daripada isteri dan anak-anak saya sendiri,'' ujar perokok tegar itu.

Bagaimanapun kini Swe Teng mengakui dia menyesal dengan tabiat buruk tersebut yang kini telah merosakkan paru-parunya.

"Sudah banyak wang dihabiskan untuk berubat. Malah semua wang simpanan saya habis dilaburkan untuk berubat,'' ujarnya penuh kesal.

Kini dia bukan sahaja tidak dapat melakukan kerja-kerja berat kerana sering mengalami sesak nafas tetapi menjadikan dirinya cepat letih.

Keadaan itu membuatkan dia nekad meninggalkan tabiat buruk dan memulakan kehidupan baru.

Malah, dia turut melakukan senaman pada setiap hari selain menitikberat soal pemakanan.

"Hari pertama tidak merokok ia amat sengsara. Tetapi mengenangkan penyakit yang saya tanggung memberikan semangat untuk meneruskan usaha itu,'' ujarnya yang mengambil ubat-ubatan selain menggunakan gas untuk mengurangkan masalah COPD.

Sementara itu Presiden Pertubuhan Torasik Malaysia, Prof. Dr. Roslina Manap memberitahu, biarpun COPD dianggap penyakit biasa dan jarang didiagnos, tetapi hakikatnya pesakit mengalami penderitaan yang akhirnya menjejaskan kualiti kehidupan, seterusnya terdedah kepada risiko maut.

Realitinya, COPD adalah penyakit yang kebanyakannya dialami penghisap rokok tegar di seluruh dunia dengan nisbah dua daripada lima perokok akan menderita penyakit itu.

Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO), pembunuh senyap itu mengorbankan hampir tiga juta nyawa setiap tahun selain 210 juta orang lagi hidup sengsara dibelenggu COPD.

WHO turut menjangkakan jumlah kematian disebabkan penyakit itu akan meningkat lebih daripada 30 peratus dalam tempoh 10 tahun akan datang kecuali tindakan segera diambil untuk mengurangkan faktor penyakit itu.

Ia dijangka sebagai penyebab utama kepada kematian dan ketidakupayaan akibat masalah penyakit pernafasan menjelang tahun 2020.

Terang Roslina lagi, penyebab utama kepada COPD ialah rokok. Malah lebih 90 peratus daripada penderita penyakit itu ialah perokok atau bekas perokok.

"COPD ialah sejenis penyakit kronik kerana ia kekal untuk tempoh yang sangat lama dengan pelbagai simptom yang kerap. Ia juga dianggap menyekat, kerana ia memberi kesan kepada aliran udara yang melalui paru-paru.

"Sekatan ini menyebabkan pesakit menderita kerana gangguan pernafasan termasuklah ketika melakukan kerja harian yang mudah," ujarnya.

Punca lain COPD termasuklah persekitaran seperti pencemaran udara atau asap kimia dan juga faktor genetik.

Tegas Roslina, merokok adalah satu daripada risiko umum COPD. Tabiat tidak sihat itu menyebabkan keradangan pada saluran pernafasan.

"Ia menambahkan pengeluaran mukus yang menyebabkan halangan kronik pada saluran pernafasan," jelasnya.

Lebih menggerunkan, daripada lima orang merokok, dua daripada mereka berpotensi besar untuk dijangkiti penyakit itu.

Bagaimanapun, tegas beliau, jika tidak dirawat, COPD boleh membawa kepada sesak nafas yang teruk ketika melakukan aktiviti seharian.

Katanya, kebiasaannya penyakit tersebut akan menyerang perokok tegar yang berusia 40 tahun ke atas.

Luqman Hakim mahu jadi panglima

Posted by admin on 5:24 PM

Luqman Hakim ketika menerima pentauliahan daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah baru-baru ini.


TERUJA melihat ketangkasan tentera mempertahankan kedaulatan negara telah membuka minat Luqman Hakim Sahar untuk mengorak langkah memasuki bidang ketenteraan.

Tanpa menoleh, pemuda kelahiran Kuala Lumpur itu tekad membulatkan hatinya mengejar impian untuk bergelar seorang tentera tanpa sedikit tercuit ketakutan seandainya terpaksa berjuang di medan perang.

Biarpun perjalanannya dalam angkatan tentera masih terlalu hijau, Luqman Hakim menanam cita-cita untuk bergelar Panglima Angkatan Tentera iaitu pangkat tertinggi ketenteraan suatu hari nanti.

Lantas segala kesusahan dan keperitan ditempuhi dengan tabah sepanjang lima tahun bergelar mahasiswa di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan menganggap itu semua adalah ujian yang perlu ditempuhi untuk menggapai impian yang tertanam di sanubarinya.