Rai 38 murid istimewa SK Jalan Semenyih 2

Posted by admin on 5:39 PM


Murid pendidikan khas dari Sekolah Kebangsaan Jalan Semenyih 2, Kajang, gembira diraikan dalam satu projek khidmat masyarakat di Telok Kemang, baru-baru ini.


TELOK KEMANG 5 Mac - Seramai 38 murid pendidikan khas dari Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Semenyih 2, Kajang gembira dan ceria apabila diraikan dalam satu projek khidmat masyarakat yang dianjurkan oleh Tiara Beach Resort di sini baru-baru ini.

Guru pembimbing, Noor Edira berkata, pelbagai aktiviti sukaneka dan permainan air yang dikenal pasti dapat merangsang kecerdasan mental dan fizikal murid-murid tersebut diadakan dalam program selama sehari itu.

"Pihak sekolah akan mengadakan aktiviti terapi air dan pasir yang dapat melatih murid-murid ini dan meningkatkan keyakinan mereka apabila berada di dalam air.

"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak resort kerana sudi memberi kerjasama serta menyokong projek sosial komuniti ini," katanya.

Menurutnya, semua murid diberi makanan percuma oleh pihak resort sepanjang program itu berlangsung.