Gambar-Gambar Hanez Suraya Mengeluarkan Peluh!

Posted by admin on 6:16 AM


Tak kenal Hanez Suraya? Mungkin gambar Hanez Suraya bersosial sebelum ini mampu membuatkan anda teringat dengan pelakon suam-suam kuku ini. Dan gambar Hanez Suraya kali ini menunjukkan yang dia sangat-sangat mementingkan stamina. Terpampang jelas kepenatan di wajah Hanez Suraya akibat beriadah terlalu lama sehingga larut malam.







Video Terkini KFC Pukul Pelanggan!

Posted by admin on 11:00 PM

Doakan yang terbaik

Posted by admin on 8:05 PM
pix_middle
pix_topright

DIA sedang bahagia dan setiap saat adalah detik penuh kemanisan yang tidak terungkap. Biar dihimpit tanggungjawab yang banyak dan jadual kerja bagai tiada kesudahan, pemilik wajah jelita ini mengakui setiap apa tersurat dalam hidupnya ketika ini begitu bermakna dan diterima dengan gembira.

Sekian lama mengunci bicara, berhati-hati dalam memberi kenyataan dan lebih selesa meninggalkan pelbagai persoalan dengan tanda tanya, kini masanya sudah benar-benar tiba buat Fasha melangkah ke fasa terpenting dalam hidupnya.

Teriak Fasha, 27, tatkala bertemu dengannya hujung minggu lalu, �I�m so happy dear!,� katanya mengukir senyuman panjang.

Mengenali bintang filem Cicak-Man dan Berlari Ke Langit ini, tidak mudah untuknya membuka cerita soal peribadi. Meskipun diperdaya seribu helah bagi mendapatkan penjelasan, anak kelahiran Johor Bahru ini hanya selamba kekal dengan jawapannya, �no comment�.


Jelasnya, usah terburu-buru berkongsi kisah bahagia kerana bimbang ia hanya singgah untuk sementara.


�Bukan berahsia atau sengaja main tarik tali, namun saya enggan terus tersilap percaturan yang akhirnya mengundang kecewa kepada diri sendiri. Sebelum ini saya tidak pernah memberi sebarang kenyataan sebaliknya semua yang tersebar hanya satu spekulasi, bukannya daripada bibir saya,� katanya memulakan perbualan.

Julung kalinya, bintang filem dan dramatis terkenal ini perlahan-lahan bercerita soal perasaannya yang kini menghitung hari menjelang detik bahagia menjadi permaisuri kepada lelaki idamannya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai, 36.

Adakah betul seperti dakwaan Fasha akan berkahwin pada April depan dan majlis bersejarah itu akan dilakukan di kota Jakarta, Indonesia?

�Saya bercinta dan itu adalah perkara yang tidak saya nafikan. Namun bercerita soal berkahwin dan perancangan ke arah itu, semuanya saya serahkan kepada Tuhan dan jodoh.

�Jujurnya Jejai memang sudah pun datang bertemu keluarga saya untuk merisik. Saya sendiri sudah menerima lamarannya dengan hati yang terbuka. Inilah dikatakan takdir dan jodoh,� katanya.

Gambar Jejai dan Fasha mengunjungi sebuah butik pengantin dan kemudian menghadiri kursus kahwin hujung minggu lalu di Mahligai Firdaus, Setiawangsa sudahpun tersebar luas di laman sesawang dan beberapa portal hiburan.

Tatkala kenyataan itu diajukan kepadanya, Fasha tersenyum mencerminkan rasa akurnya terhadap status selebriti yang ada padanya.

�Memang benar saya dan Jejai ada ke butik bagi mengukur pakaian. Betul juga mengenai gambar kami berdua menghadiri kursus kahwin baru-baru ini. Memang seronok apabila pertama kali bertandang ke butik pengantin dan berbincang mengenai busana pilihan. Begitu juga dengan kursus kahwin yang kami berdua hadiri. Ia satu pengalaman baru buat saya dan memberikan saya perspektif baru dalam membina sebuah keluarga.

�Alhamdulillah apa yang kami rancang berjalan dengan lancar. Itulah saya katakan usaha kami berdua untuk ke arah lebih baik dalam hubungan sedia ada. Insya-Allah kami lakukan perlahan-lahan mengikut masa yang sempat memandangkan kami berdua begitu sibuk dengan kerja masing-masing,� jelasnya lagi.

Teka-teki sebelum ini seperti gerak permainan catur yang tidak pernah sampai ke penghujung kini sudah kian terlerai.

Faktanya, Fasha memang sedang bahagia diulit rasa cinta dengan kekasihnya. Itulah lelaki yang sama sering kali dikaitkan dengannya.

�Alhamdulillah ranjau, dugaan dan seribu satu warna yang pernah singgah dalam hubungan kami tidak pernah berpanjangan. Biar pelbagai kisah dan versi pernah diceritakan, saya dan Jejai masih bersama dan itu saja yang mengundang rasa tenang buat saya selain kerja dan tanggungjawab harian yang begitu banyak.

�Jejai lelaki pilihan hati kerana sikap dan personaliti dirinya yang jelas menambat jiwanya untuk memilihnya sebagai pasangan hidup,� katanya.

Ditanya bilakah tarikh keramat yang akan memperlihatkan dirinya dirai di atas pelamin indah, Fasha yang terkenal dengan sikap mudah mesra hanya tersenyum dan meminta agar dirinya terus mendapat sokongan terutama keluarga dan peminat.

�Segala persiapan termasuk tarikh dan lokasi perkahwinan sudahpun ditetapkan pihak keluarga. Namun saya masih belum bersedia mengumumkannya kerana biarlah apabila sudah hampir dengan tarikhnya nanti. Saya harap peminat faham dan saya berjanji akan ceritakan segala-galanya apabila sudah sah nanti,� katanya yang kini sibuk di lokasi penggambaran Seindah Sakura.

Lebih menggembirakan hati si jelita ini apabila namanya sekali lagi berjaya menembusi senarai Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 bagi kategori Pelakon TV Wanita Popular.

Pernah merangkul lima kali trofi Bintang Popular sebelum ini dalam kategori Pelakon TV dan Filem, Fasha yang sekali lagi mengulangi kejayaannya tahun lalu dengan merampas kembali trofi Pelakon TV Popular menyifatkan pencalonan di ABPBH adalah satu penghargaan daripada peminat yang tidak henti menyokong.

Tidak pernah terdetik mengharapkan kemenangan, Fasha yang sudahpun membintangi lebih 10 filem dan puluhan drama TV sepanjang hampir lapan tahun dalam industri hiburan hanya melihat pengiktirafan seumpama ini satu bonus untuk terus membakar semangat menjadi yang lebih baik.

�Saya bersyukur setiap kali diumumkan pemenang kerana apa yang terlintas di fikiran adalah sokongan peminat. Mereka tidak henti mengundi dan terus memberikan semangat untuk saya memberikan yang terbaik dalam setiap hasil kerja selama ini.

�Alhamdulillah sekali lagi saya tercalon dan tidak pula saya mengharapkan kemenangan kali ini kerana akur dengan adat pertandingan serta nama pencalonan yang lain.

�Saya ikhlas dan jujur dengan apa saya lakukan. Meskipun tanpa pengiktirafan atau anugerah, saya akan tetap komited dan memegang disiplin untuk menjadi seorang anak seni yang jauh lebih baik,� katanya yang bakal muncul dengan 2 filem tahun ini, Dari Kerana Mata dan Penanggal.

Pelakon popular yang dikatakan �anak emas� TV3 kerana wajahnya yang tidak henti mewarnai drama siri di stesen TV

tersebut bakal terbang ke Paris penghujung bulan ini bagi menyudahkan penggambaran Seindah Sakura.

Menariknya lagi jelas Fasha, perniagaan pusat kecantikan rambutnya, Salon Chinta di Wangsa maju sudah pun menginjak tahun pertama. Sekelip mata bintang terkenal ini berjaya mencipta nama sebagai seorang ahli perniagaan.

Sazzy Falak Seperti Tidak Percaya Hampir Setahun Jadi Ibu

Posted by admin on 8:04 PM
Sazzy Falak

PETALING JAYA: Aktres Sazzy Falak bagaikan tidak percaya sudah hampir setahun memikul tugas sebagai seorang ibu kepada anak kembarnya, Iman Lilly dan Tiara Rose, yang kini berusia 10 bulan.

Sazzy atau nama sebenarnya Sazlini Shamsul Falak, 31, berkata keletah dan ragam dua puterinya itu yang semakin membesar membuatkan jadual hariannya terisi dengan padat selain komitmen kerjaya.

�Bayangkan, pada hujung April depan, genap setahun saya bergelar ibu. Saya rasa seperti bermimpi dan tidak percaya akan betapa cepatnya waktu berlalu.

�Macam baru semalam sahaja saya melahirkan mereka (Iman Lilly dan Tiara Rose), kini mereka sudah 10 bulan dan sedang aktif membesar,� katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Isteri kepada perunding kewangan dan pengacara Nazril Idrus itu berkata, tempoh selama hampir setahun bergelar ibu memberikan banyak pengalaman baru dan menyeronokkan buatnya.

Katanya, dia tidak menafikan bahawa dia perlu bersikap lebih selektif dalam memilih komitmen seninya demi keutamaan kepada anak-anak dan suaminya.

�Saya masih aktif sebagai pengacara tidak banyak berlakon buat masa ini. Sejak bergelar ibu, saya perlu lebih selektif dalam menerima tawaran lakonan kerana keutamaan kini adalah pada dua anak saya dan suami.

�Saya bukan memilih tawaran tetapi memilih tawaran yang boleh bersesuaian dengan waktu saya. Jika tawaran itu boleh bertolak-ansur dengan waktu untuk saya dan anak-anak, saya terima,� katanya.

Terbaru, lakonan Sazzy boleh ditonton dalam drama Sopi Sekuriti yang kini disiarkan sejak 28 Februari lalu pada setiap Selasa pukul 10.30 malam di Astro Warna (saluran 132).

Johan Kawal Pertuturan Elak 'Mulut Celupar'

Posted by admin on 8:02 PM
Johan (Raja Lawak) lebih peka dan berhati-hati dalam berlawak.

KUALA LUMPUR: Pelawak dan pengacara Johan (Raja Lawak) berkata beberapa kes kontroversi yang berpunca daripada keceluparannya ketika berjenaka membuatkan dia lebih berhati-hati.

Johan atau nama sebenarnya Mohamad Yazid Lim Mohamad Aziz, 27, berkata dia mengambil pendekatan untuk mengawal pertuturan bagi mengelak sebarang kontroversi atau salah faham daripada berulang, khususnya ketika bertugas sebagai penyampai di radio Era FM.

�Sebelum ini, sudah banyak kali jenaka dan gurauan saya disalah ertikan dan diambil serius sehingga mengundang kontroversi dan masalah. Bagi saya itu semua perkara yang lepas.

�Ia mengajar saya untuk lebih peka dan berhati-hati terutamanya dalam berkata-kata dan berlawak ketika bertugas di studio radio Era FM,� katanya.

Hos program Raja Lawak 6 itu ditemui selepas bertugas dalam segmen Johara Pagi Era di Pusat Penyiaran Asia, Astro, Bukit Jalil, di sini, Selasa.

Johan berkata, susulan beberapa kontroversi yang timbul, dia kini lebih selesa untuk bercakap mengenai perkara atau isu yang umum dalam jenakanya bagi mengelakkan salah faham mana-mana pihak.

Johan bersama Haniff (depan, duduk) dan Ray mengendalikan segmen Johara Pagi Era sejak Januari lalu.

�Saya memang peka tentang perkara-perkara sensitif dan dilarang. Untuk mengelakkan pentafsiran yang salah di kalangan pendengar, saya bersama dua lagi penyampai segmen Johara Pagi Era iaitu Ray dan Haniff memilih untuk bercakap atau bergurau tentang topik umum.

�Dengan cara itu, jenaka kami tidak akan menyinggung mana-mana individu atau pihak dan ia dapat diterima umum,� katanya.

Johan berkata sebagai bukti kepekaannya, dia turut menggunakan teknik yang lebih �selamat� pada salah slot kendaliannya, GMMJ - Gossip Mosip Mak Jemah yang berkisar tentang perkembangan dunia hiburan dalam dan luar negara.

�Saya tidak ulas secara bulat-bulat setiap gosip yang kami pilih tetapi saya garap ia menerusi kewujudan pelbagai watak termasuk karakter Mak Jemah dalam bentuk jenaka.

�Malah, saya akan cipta situasi baru yang tiada kaitan dengan gosip yang diketengahkan itu agar ia kedengaran lebih santai, ringan dan tidak menyinggung sesiapa,� katanya.

Trio ini bersiaran pada setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6 hingga 10 pagi di Era FM.