Upin, Ipin bakal pecah rekod IB

Posted by admin on 7:24 PM


PARA pelakon, wakil penaja serta mereka yang terbabit pada pementasan Upin & Ipin The Musical pada pelancaran muzikal itu di Saloma Bistro, Kuala Lumpur baru-baru ini.


KAREKTER kartun Upin dan Ipin yang mencipta fenomena menerusi kaca-kaca televisyen di negara ini dan rantau Asia Tenggara bakal melebarkan lagi popularitinya apabila ia akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur dari 14 April hingga 6 Mei ini.

Menerusi persembahan Upin & Ipin The Musical, dua karekter kartun kanak-kanak kembar terbabit bakal memecahkan rekod pementasan di IB dengan 30 persembahan -yang paling banyak diadakan sejak panggung itu ditubuhkan lebih 10 tahun lalu.

Menurut penerbitnya, Burhanuddin Md. Radzi, dia yakin persembahan yang diadaptasi daripada siri televisyen itu dengan kos penganjuran mencecah RM2 juta mampu menarik ramai penonton.