Perincian gaya, warna Esprit

Posted by admin on 7:40 PM


Ringkas dan santai tapi masih menonjolkan ciri kewanitaan karakter paling ketara untuk koleksi terbaru Esprit 2012.


BERBEZA daripada himpunan gaya sebelum ini, koleksi terbaru Esprit lebih menyerlahkan warna dan gaya selain memberi tumpuan kepada perincian.

Bakal menemui peminatnya tidak lama lagi, kempen Esprit 2012 telah memilih model antarabangsa asal Brazil, Gisele Bundchen sebagai dutanya.

Dilihat sebagai seorang wanita yang moden, bersahaja dan berkeyakinan, Gisele sebagai gadis Esprit membawa anda apa yang disukainya.

Melihat akan gaya yang diperagakan, ternyata koleksi kali ini menampilkan sisi personaliti si pemakai yang penuh karisma.

Dari segi pemilihan warna, koleksi ini lebih fokus kepada warna-warna yang menunjukkan emosi dan juga keghairahan.