Ahli Backstreet Boys Hilang Barang Kemas RM360,000

Posted by admin on 7:55 PM

AHLI kumpulan pop Backstreet Boys, Brian Littrell dilaporkan telah membuat laporan polis selepas kehilangan barang kemas bernilai RM360,000 di sebuah hotel penginapannya di Stone Mountain, Amerika Syarikat.

Littrell berkata kepada WSB-TV, dia dan isterinya menyedari kehilangan tersebut selepas meninggalkan hotel itu, di mana barang kemas berkenaan telah ditinggalkan selama satu malam.

Penyanyi utama kumpulan itu berkata sekembalinya ke hotel, barang kemas itu bagaimanapun sudah tiada.

Isterinya Leighanne Littrell memberitahu antara barang kemas yang hilang termasuklah cincin pertunangan mereka yang bernilai RM330,000.

WSB melaporkan, pihak polis yang menjalankan siasatan di hotel berkenaan pada malam Ahad (waktu tempatan) masih belum dapat memastikan waktu sebenar kejadian curi itu.