Zaheera warisi perniagaan keluarga

Posted by admin on 5:43 PM


Zaheera Harun turut meminati bidang peragaan.


BAGINYA tiada apa yang mustahil di dunia ini asalkan diri mampu serta minat melakukannya. Dalam masa yang sama, anak keempat daripada lima beradik ini juga dilihat begitu komited dengan tanggungjawab yang digalas.

Ini kerana Zaheera Harun, bukan sahaja bergelar pelajar tetapi turut menyumbang tenaga membantu perniagaan yang diusahakan keluarganya.

Bagi dirinya, tiada istilah penat, malah Zaheera atau lebih mesra disapa Era gembira dengan apa yang dilakukannya hari ini.

Apa yang menarik boleh diceritakan mengenai gadis kelahiran Bangi, Selangor, ini ialah dia mampu melakukan pelbagai pekerjaan dalam satu masa.

Ini terbukti apabila dia yang masih lagi merupakan penuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Alor Gajah, Melaka, dalam bidang Komunikasi dan Media turut aktif sebagai model sambilan.