Shakira gila bola

Posted by admin on 7:50 PM

pix_middle

JIKA anda menjalankan undian mengenai wajah paling popular di dunia ketika ini, tidak syak lagi penyanyi Colombia, Shakira (gambar) akan berada dalam kelompok teratas. Lebih-lebih lagi, artis itu bagaikan tidak boleh dipisahkan daripada bola sepak.

Selain membuat persembahan pada Piala Dunia 2006 dan 2010, dia turut terbabit dalam pelbagai projek kebajikan berkaitan bola sepak, malah turut berpacaran dengan pertahanan Sepanyol dan Barcelona, Gerard Pique.


SOALAN (S): Shakira, bagaimana anda boleh mula membabitkan diri dalam bola sepak?

SHAKIRA (SH): Pada 2006, saya diminta menyanyi untuk Piala Dunia di Jerman dan pada 2010, saya bertuah kerana sekali lagi diminta untuk menyanyi. Di sana, saya melalui detik paling sukar dilupakan dalam hidup iaitu Piala Dunia Afrika Selatan memberi saya pengalaman dari segi peribadi dan profesional.

Dari situlah saya mula terbabit dengan bola sepak apabila menyedari bahawa menerusi bola sepak, ia memberi impak kepada berbilion manusia setiap hari, mengenai impian pemain muda dan kanak-kanak yang menghabiskan banyak masa untuk sukan ini serta semangat yang dibawa terhadap setiap orang di seluruh dunia.


S: Bola sepak amat popular di Colombia, adakah ia turut diminati keluarga anda?

SH:
Adik-beradik lelaki saya meminatinya tetapi bapa saya tidak begitu berminat tetapi kini apabila anak perempuannya berkawan dengan pemain bola sepak dan itu membuatnya berminat.

Ayah saya lebih bersifat ulat buku, beliau berminat dengan perkara intelektual tetapi tiada siapa yang dapat melepaskan diri daripada bola sepak. Ramai yang sebelum ini tidak berminat dengan bola sepak kini menjadi sebaliknya.


S: Diri anda, misalnya...

SH:
Apa yang berlaku, sebaik anda mula memahami bola sepak, anda sedar bahawa ia bukan sekadar aspek fizikal atau mengejar bola semata-mata. Ia adalah satu sukan yang penuh strategi yang memerlukan banyak kebijaksanaan. Ia perlawanan yang turut mementingkan aspek mental.


S: Adakah anda akan menonton keseluruhan perlawanan?

SH:
Ya, sudah tentu!


S: Biarpun ketika Pique tidak beraksi?

SH:
Erm (ketawa)... ya, ya. Saya pernah menonton dan cuba untuk memahaminya kerana ingin tahu malah ingin tahu bagaimana strategi pasukan lain tetapi saya sentiasa menyaksikan perlawanan yang disertainya.


S: Tidakkah sukar untuk keluar dengan pemain bola sepak dengan kesibukannya menjalani latihan, perlawanan dan penerbangan?

SH:
Mempunyai kekasih dari kalangan artis juga bukan sesuatu yang mudah. Sebenarnya, saya memahami ia satu kerjaya yang amat sukar dan memerlukan dedikasi, komitmen, disiplin serta kerjasama dan ia berbeza daripada apa yang saya lakukan.

Saya tidak perlu menjawab kepada semua orang melainkan diri sendiri tetapi pemain bola sepak adalah seperti tentera dan mereka mempunyai tanggungjawab besar baik di padang mahupun di luar. Saya perlu memahami dan menyokong Gerard setiap kali dia memerlukannya.


S: Pernahkah anda bermain bola sepak?

SH:
Saya lebih senang menyanyikan lagu yang menaikkan semangat penyokong. Gerard pernah beberapa kali menghantar bola kepada saya tetapi saya tidak fikir dapat bermain dengan baik.


S: Anda pernah tampil dalam dua edisi Piala Dunia dan berikutnya akan diadakan di Brazil. Adakah anda teruja kerana ia diadakan di Amerika Selatan?

SH:
Sudah tentu! Brazil adalah antara negara yang saya sanjungi. Saya mempunyai peminat di sana dan kami sering berinteraksi sejak bertahun lamanya, begitu juga dengan rakan artis seperti Ivete Sangalo, malah mempunyai tokoh bola sepak seperti Pele.

Saya teringin pergi ke Piala Dunia itu, tidak kira atas kapasiti apa pun tetapi sudah pasti saya akan berada di sana. Saya fikir tiada siapa mahu melepaskannya, terutama sekali saya