Daniel Radcliffe Menderita Penyakit OCD

Posted by admin on 7:47 PM

Daniel Radcliffe.

DI sebalik wajah tenangnya, ternyata pelakon filem Harry Potter iaitu Daniel Radcliffe menyimpan satu rahsia yang cukup pahit buat dirinya.

Daniel dilaporkan menghidap penyakit �obsessive-compulsive disorder� yang lebih dikenali dengan nama OCD.

Seperti dilaporkan oleh akhbar The Sun, pelakon ini mengaku menderita dengan penyakit tersebut sejak berusia lima tahun dan kelainan yang ada pada dirinya itu telah membuatkan Daniel selalu tidak percaya kepada diri sendiri.

OCD adalah sejenis penyakit yang membuatkan penghidapnya selalu bersikap obsesif.

Perilaku ini membawa individu terbabit ke arah mementingkan kesempurnaan berlebihan.

Sebagai contoh, Daniel memerlukan waktu sehingga lima minit untuk meyakinkan dirinya bahawa dia telah mematikan suis lampu.

"Saya sentiasa mengulangi apa yang dilakukan atau berkata dalam hati. Penyakit ini kadang-kadang boleh membuatkan saya gila," ujarnya.

Bagaimanapun Daniel berkata keadaannya semakin baik kini dan mula mengurangkan sesi terapi yang dijalankan.

"Walaupun semakin baik tapi saya lalai untuk terus menghadiri sesi terapi yang mungkin akan menimbulkan masalah pada kemudian hari," ujarnya.