FireFly tawar ganjaran hebat

Posted by admin on 5:19 PM

FireFly tawar ganjaran hebat

FireFly, anak syarikat milik penuh Penerbangan Malaysia (MAS) menawar�kan hadiah RM130,000 kepada pelanggan melanggani pakej pelancongan minimum RM500 sempena pameran Matta Kuala Lumpur 2012 pada 16 Mac ini.

Ketua Pegawai Operasinya, Ignatius Ong berkata, pada pameran itu pihaknya menawarkan ganjaran lebih nilai dan perlbagai aktiviti membeli-belah.

�Pelanggan akan dapat ganjaran mene�rusi cabutan bertuah, perbelanjaan tertinggi setiap hari juga menerima dua tiket MAS ke destinasi serantau terpilih.

�Bagaimanapun, tawaran terhebat pakej pelancongan ini adalah eksklusif dan hanya boleh didapati di tapak pameran sahaja,� katanya ketika pelancaran Fly, Stay & Shop, di Petaling Jaya, kelmarin.

Menurutnya, bagi pakej ke Langkawi yang juga destinasi terlaris, pihaknya menyediakan pakej serendah RM319.

Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati lebih 20 pilihan destinasi domestik dan luar negara seperti Bangkok, Bali, Ho Chi Minh, Siem Reap dan Phnom Penh untuk penerbangan bermula 1 April sehingga akhir Oktober atau 31 Disember 2012.

Melalui pameran ini juga, FireFly optimis meningkatkan jualannya lebih 20 peratus menjelang hujung tahun ini.

0 Responses to "FireFly tawar ganjaran hebat"

Leave A Comment :