Kafe Discovery utamakan halal

Posted by admin on 5:11 PM

Kafe Discovery utamakan halal

Tidak berpengalaman dalam kulinari bukan penghalang kepada pengusaha Kafe Discovery, Tan Leen Kuan menceburi bidang itu dengan membuka sebuah kopitiam walau�pun kewujudannya bak cendawan tumbuh selepas hujan.

Malah, Tan sanggup menyertai kursus pensijilan halal di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenainya sebelum memulakan perniagaan.

Menurutnya, pemahaman halal di negara dan agama lain dilihat berbeza, fenomena itu mem�buatkannya mengambil inisiatif tersebut. Tambahan pula, pelbagai persepsi negatif dikaitkan dengan kebanyakan kopitiam khususnya mengenai isu halal.


Spaghetti Sardin menu istimewa

Di negara kita, 70 peratus dari�pada masyarakat adalah beraga�ma Islam. Manakala, golongan sasaran pelanggan tidak hanya dikhususkan kepada sesetengah kaum sahaja maka sijil dan pemahaman halal penting bagi dirinya.

Gemar mencuba pelbagai jenis makanan di kebanyakan tempat tidak kira sama ada gerai biasa atau hotel mewah mendorong Tan dan rakan kongsinya membuka kopitiam supaya dapat berkongsi pengalaman tersebut bersama umum.

Memulakan perniagaan sejak September tahun lalu, Tan yang juga pakar dalam bidang teknologi maklumat berkata, Spageti Sardin menjadi salah satu tarikan mereka dan ia hanya boleh didapati di situ sahaja.

Katanya, ciptaan menu itu terhasil daripada ideanya sendiri di mana dia pernah cuba memasaknya dengan penambahan perencah lain sebagai penambah rasa serta menaikkan lagi aroma makanan itu.

�Penambahan sardin, perahan air limau dan nenas tin dilihat ringkas tetapi mampu menaikkan selera pelanggan. Sebelum ini, spageti hanya dihidangkan dengan beberapa cita rasa sebaliknya saya cuba mencipta sesuatu yang lain.
�Berkonsepkan kopitiam tempa�tan, pelbagai menu berunsurkan masakan tradisional Johor, Perak dan beberapa negeri lain serta makanan Barat ditawarkan kepada pelanggan,� katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di kafenya di Kapar, Klang.


Sasar menghasilkan 60 menu

Menurut Tan, setiap tiga bulan mereka akan menampilkan menu baru kepada pelanggan. Sejak September lalu, pelbagai promosi istimewa dan tawaran diberikan kepada umum melibatkan sarapan dan makan tengah hari.

Dia berkata, bagi menampilkan kepelbagaian dari segi menu, 35 menu terdiri daripada pelbagai jenis makanan disajikan kepada pelanggan sehingga kini.

�Memandangkan setiap tiga bulan, menu baru akan dikeluarkan, kami menya�sar�kan sehingga 60 menu mampu dihasilkan di kopi�tiam ini dalam masa bebe�rapa bulan akan datang.


Bahan mentah beli setiap hari

�Memulakan pernia�gaan seawal 9 pagi dan berakhir pada 9 malam, waktu puncak bagi kopitiam kami adalah pada waktu makan tengah hari dan malam. Malah, jumlah pelanggan juga dilihat meningkat sehingga 70 peratus,� katanya.

Menurut Tan, penyediaan bahan mentah pastinya menjadi elemen utama yang perlu dititikberatkan supaya kualiti makanan terjamin. Dengan itu, semua bahan mentah seperti daging, ikan, ayam dan beberapa yang lain dibeli setiap hari.

Katanya, selain membelinya sendiri, ada di antaranya diambil daripada empat pembekal khas berbeza. Tetapi, perkara utama yang diperlukan daripada pembekal adalah mempunyai sijil halal.
�Pembelian bahan mentah setiap hari adalah bagi memastikan kualiti makanan disajikan kepada pelanggan terjamin dan mereka berpuas hati dengan hidangan dipesan,� katanya.


Chef berpengalaman, harga berpatutan

Dia berkata, melaksanakan perniagaan berunsurkan makanan pastinya sukar sekiranya tidak mempunyai chef berpengalaman atau mahir dalam bidang masakan. Sebaliknya, Tan bertuah kerana mempunyai seorang chef yang menepati kriteria tersebut.

�Saya bertuah kerana mempunyai seorang chef berpengalaman. Chef saya pernah bekerja di beberapa hotel ternama, restoran mewah dan mahir dalam masakan serta sedia memban�tu untuk mengelola kopitiam ini dari segi masakan dan makanan.

�Bercerita mengenai harga makanan, pasti ramai beranggapan harga makanan di kopitiam mahal. Tetapi kami menawarkan harga serendah RM2.90 sehingga RM13.90 dan pastinya ia menepati kemam�puan pelbagai golongan,� katanya.

Tan berkata, dengan cara ini juga, ia boleh mengikis persepsi pelbagai pihak mengenai harga makanan yang dikenakan setiap kali berkunjung kepada mereka.
Empat cawangan baru

Katanya, pembukaan Kafe Discovery di Klang itu adalah taruhan sulung mereka dan telah beroperasi hampir enam bulan ia menunjukkan peningkatan dalam pelbagai faktor.

Menurutnya, peningkatan itu membuatkan mereka optimis untuk membuka empat lagi cawangan baru tahun ini di Kinrara, Shah Alam, Capsquare Kuala Lumpur dan Kepong yang telah dirangka dalam perancangan tahun ini.

�Pemilihan lokasi baru ini bergantung kepada populasi orang ramai dan tidak mempunyai banyak pilihan makanan. Berbeza dengan lokasi pertama, beroperasi bersebelahan balai polis dilihat menjadi lokasi strategik,� katanya.

0 Responses to "Kafe Discovery utamakan halal"

Leave A Comment :