Ikan ubi 2kg tumpas

Posted by admin on 7:20 PM

ikan ubi

MARANG - Ikan ubi seberat dua kilogram (kg) yang berjaya dipancing Jaafar Ibrahim, 47, membawa tuah apabila melayakkannya muncul johan pertandingan memancing diadakan di Sungai Marang di jeti Kampung Jenang di sini, semalam.

Dalam pertandingan anjuran Pemuda Umno Cawangan Kampung Jenang dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Jenang itu, Jaafar yang juga peniaga kedai kopi membawa pulang sebuah basikal selaku juara pertandingan.

Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Jenang, Rashid Ibrahim berkata, pertandingan memancing sering diadakan berikutan sambu-tan menggalakkan kaki pancing di kampung itu malah termasuk mereka yang datang dari luar daerah ini.

�Bagaimanapun, kali ini kami menganjurkan pertandingan secara tertutup dan dianggarkan lebih kurang 300 penduduk hadir.

�Peserta juga berpeluang memenangi cabutan bertuah selain 10 hadiah pertandingan antaranya basikal,� katanya.

Rashid yang juga Pengerusi JKKK Jenang, berkata, objektif utama pertandingan itu adalah bagi meningkatkan kesedaran menjaga kebersihan Sungai Marang daripada pencema-ran selain mengeratkan hubungan penduduk setempat.

Selain itu katanya, ia juga bagi menarik sokongan orang ramai khususnya generasi muda terhadap aktiviti perlindungan dan pemuliharaan dengan menggalakkan pembiakan pelbagai spesies ikan air tawar termasuk udang galah.

Hadiah disampaikan Naib Ketua Pemuda Umno Marang, Jasmira Othman.

Sementara itu, johan pertandingan, Jaafar ketika ditemui Sinar Harian berkata, dia terkejut apabila hasil tangkapan iaitu ikan ubi seberat kira-kira dua kilogram itu menjuarai pertandingan memancing secara tertutup kali ini.

�Saya tinggal berdekatan sungai ini, ketika bertolak dari rumah, saya hanya menaruh harapan memperoleh hadiah sagu hati sahaja.

�Namun, tuah menyebelahi saya, boleh menang tempat pertama dan bawa balik sebuah basikal baru,� katanya.

0 Responses to "Ikan ubi 2kg tumpas"

Leave A Comment :