Haiza tak mahu

Posted by admin on 5:21 PM


HAIZA bersedia untuk memotong pulut kuning sebagai tanda pelancaran klip video lagu Semalam di Red Box, Sogo, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


SUDAH menjadi resam hidup, kalau seseorang lewat mendirikan rumah tangga, pasti menjadi bualan ramai. Kalau sudah bernikah pula, akan ditanya bila lagi mahu menimang cahaya mata.

Seringkali, keluarga bukanlah pemberi tekanan sebaliknya orang sekeliling pula yang sibuk bertanya.

Itulah keadaan yang terpaksa dilalui oleh penyanyi Haiza yang hingga kini belum ada cahaya mata sejak mendirikan rumah tangga dengan Norhanapfe Omar kira-kira lima tahun lalu.

Haiza atau Rohaizah Nordin, 32, berkata, dia dan suami tidak pernah berasa sunyi biarpun tanpa cahaya mata yang merupakan pelengkap dalam rumah tangga.

Ada juga yang mencadangkan agar Haiza mengambil anak angkat dengan harapan kehadiran bayi itu boleh menjadi pembuka jalan untuknya dan suami memperoleh cahaya mata sendiri kelak.