GRO belai pelanggan dicekup

Posted by admin on 7:06 PM


SEBAHAGIAN GRO warga asing yang ditahan dalam serbuan di Taman AST, Seremban kelmarin.


SEREMBAN � Seramai 103 pelanggan yang masing-masing leka dalam belaian pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga asing yang gebu dan seksi terkedu apabila empat buah pusat hiburan di Taman AST di sini diserbu polis kelmarin.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, dalam serbuan pada pukul 9 malam yang dilakukan serentak itu polis menahan seramai 103 GRO warga asing dan 103 pelanggan warga tempatan.

Menurut beliau, semua GRO itu terdiri daripada 90 warga China, 11 Vietnam dan seorang warga Filipina yang berusia 21 hingga 45 tahun.

�Ketika serbuan beberapa wanita itu cuba melarikan diri dengan bersembunyi di beberapa tempat tersembunyi di pusat-pusat hiburan itu tetapi berjaya dikesan oleh anggota yang membuat serbuan,� kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Pelanggan lelaki yang ditahan masing-masing berusia 20 hingga 40-an. Turut ditahan empat penjaga di setiap pusat pusat hiburan tersebut.