Pekerja kena berfikiran positif untuk elak 'lompat' kerja

Posted by admin on 2:00 AM


SEBAHAGIAN daripada peserta yang mengikuti ceramah pada Seminar Productive Muslim di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Gejala 'lompat' tempat kerja boleh diatasi jika seseorang pekerja dapat menanam fikiran positif dan cuba untuk memberi sumbangan yang terbaik dalam kerja yang dianggap membosankan.

Pakar motivasi, Mohammed Faris berkata, kebiasaannya apabila timbul perasaan tertekan di tempat kerja, produktiviti seseorang pekerja akan berkurangan dan pada masa yang sama mereka mula ingin mencari kerja di tempat baharu.

"Perkara yang penting ialah menerima hakikat bahawa kita sudah berada dalam bidang pekerjaan tersebut dan jangan disesali jalan yang telah dipilih," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah pada Seminar Productive Muslim di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak di sini semalam.

Seminar anjuran One Heart Creative Solution dan ProductiveMuslim.com itu berlangsung selama dua hari bermula semalam.