Baju-T eksklusif Kosmo! jadi rebutan pengunjung

Posted by admin on 2:03 AM


ORANG ramai berbaris mendapatkan baju-T eksklusif Kosmo! pada Festival Dram Dunia Royal Belum Dunia 2012 malam tadi.


IPOH - Dalam masa kira-kira 30 minit sahaja sebanyak 400 helai baju-T eksklusif Kosmo! telah diagih-agihkan kepada pengunjung bertuah pada Malam Gala Festival Dram Dunia Royal Belum 2012 di sini malam tadi.

Pengunjung hanya dikehendaki membawa keratan iklan festival itu yang disiarkan Kosmo! semalam dan menukarkannya di kaunter media yang dibuka seawal pukul 7.30 malam di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini.

Pengurus Acara Kilatan Unggul E2 Events Sdn. Bhd., Ruzaini Abdul Razak berkata, pemberian baju-T dengan kerjasama Kosmo! itu adalah bagi menghargai pembaca akhbar itu dan pengunjung acara tersebut.

"Kita gembira dengan sambutan yang diberikan pembaca setia Kosmo! dan berharap akhbar itu akan terus mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Malaysia," katanya di sini semalam.