Air deras �terjah� rumah

Posted by admin on 2:55 AM

BERBAHAYA...Mumtaz (kanan) dan Mohd Suffian menunjukkan tanah mendap di Jalan Ara, Bangsar.
BERBAHAYA...Mumtaz (kanan) dan Mohd Suffian menunjukkan tanah mendap di Jalan Ara, Bangsar.

KUALA LUMPUR: �Dua minggu lalu tembok batu di belakang rumah runtuh, hari ini (semalam) rumah kami pula dimasuki air,� kata Mohd Suffian Muda, 39, mengenai rumahnya di Lorong Maarof, dekat Bangsar, di sini, yang �diterjah� arus deras akibat hujan lebat petang semalam.

Kejadian jam 4.45 petang itu berpunca akibat longkang yang tersumbat di persimpangan lampu isyarat Jalan Maarof-Jalan Ara kira-kira 30 meter dari rumah berkenaan.


Ia turut menyebabkan persimpangan lampu isyarat berkenaan bertukar �sungai� dan arus deras banjir kilat itu menyebabkan rumah terbabit dinaiki air kira-kira 0.5 meter.

Mohd Suffian berkata, kejadian dua minggu lalu menyebabkan tembok batu setinggi dua meter yang memisahkan rumahnya dengan kedai perabot yang terletak di bahagian belakang rumah itu runtuh.


�Arus deras memasuki kedai perabot itu sebelum merempuh tembok batu di belakang kedai itu hingga runtuh. Hari ini (semalam) disebabkan tembok batu itu runtuh, rumah kami pula dimasuki air,� katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.


Mohd Suffian berkata, kejadian itu menyebabkan keseluruhan tingkat bawah banglo dua tingkat yang didiami bersama isteri, dua anak mereka serta mentuanya itu dimasuki air dan merosakkan perabot dan tujuh karpet milik keluarga itu.

Menurutnya, kedai perabot berkenaan yang tidak mempunyai sistem perparitan turut menyebabkan rumahnya terdedah limpahan air akibat banjir kilat itu.


Tinjauan Harian Metro semalam mendapati longkang di persimpangan lampu isyarat itu tersumbat menyebabkan aliran air dari Jalan Ara melimpah sehingga ke permukaan jalan apabila hujan lebat.

Limpahan air itu menyebabkan ruang pejalan kaki di Jalan Ara mendap dan dikhuatiri menyebabkan papan tanda setinggi 10 meter di tepi jalan itu tumbang.


Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Penduduk Bukit Bandaraya, Mumtaz Ali, 58, berkata dia kecewa kerana pihaknya sudah membuat aduan kepada pihak terbabit sejak kejadian pertama dua minggu lalu, namun tiada tindakan diambil.


�Saya bimbang berlaku kejadian lebih buruk selepas ini sekiranya tiada tindakan diambil,� katanya.