SPC atasi padi angin, tingkatkan hasil

Posted by admin on 7:57 PM


VARIETI padi MR 220CL1 (B64) dan MR 220CL2 (B55) ditanam bagi mengelakkan masalah padi angin.


SERANGAN padi angin merupakan antara masalah yang sering menghantui kebanyakan pesawah. Ia merupakan rumpai perosak yang menyebabkan hasil padi merosot hingga menyebabkan pesawah kerugian hingga berjuta-juta ringgit.

Padi angin merupakan sejenis rumput yang tumbuh bersama dengan padi yang ditanam melalui kaedah tabur terus.

Tiada teknik khas atau racun rumpai khusus yang mampu menghalang aktiviti pembiakan fisiologi rumput tersebut terhadap tanaman padi.

Mengambil contoh Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) di daerah Barat Laut Selangor, masalah padi angin telah mula dikesan sejak tahun 1988.

Dalam usaha mencari jalan membantu para petani, pada tahun 2003, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah bekerjasama dengan sebuah syarikat kimia terkemuka dunia, BASF dalam penyelidikan baka padi yang berpotensi mengawal serangan penyakit berkenaan.