Gambar anak sulung Mawi, Cahaya Malaika!

Posted by admin on 1:20 AM

image

SETELAH dua hari menanti, gambar wajah anak Mawi dan Ekin, yang diberi nama Cahaya Malaika, dikongsi bersama para peminatnya, hari ini.

Gambar bayi perempuan itu dibekalkan kepada media pihak Astro petang ini.

Bayi seberat 2.8 kilogram itu dilahirkan pada jam 4 pagi Selasa lalu di Hospital An-Nur, Bangi, Selangor.

�Jujurnya, saya berasa amat teruja menanti kehadiran cahaya mata pertama ini, namun debaran saya terbalas apabila mendakapnya.

�Saya pasti akan menjaga dan mendidik anak sulung saya ini sebaiknya. Saya dan Ekin akan membahasakan diri kami Abi dan Ummi,� katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Astro, hari ini.