Shila kahwin tiga tahun lagi

Posted by admin on 6:16 PM

Shila Amzah

Aura penyanyi muda, Shila Amzah kini semakin menyinari industri hiburan dengan keupayaan vokal yang mampu memukau pendengarnya.

Persembahan hebat ketika menyertai pertandingan nyanyian realiti, One In A Million musim kedua, berjaya mengangkat namanya.
Terbaru, penyanyi ini bakal mewarnai industri lakonan melalui percubaan pertamanya dalam telefilem, Patah Seribu, yang akan ditayangkan, 23 Februari, 9 malam di saluran Astro Ria.
Menurutnya, sejak pembabitannya dalam industri hiburan, dia tidak pernah terfikir untuk melibatkan diri dalam bidang lakonan.
�Saya tiada pengalaman memang tidak pernah berlakon. Pada awalnya saya sendiri tidak yakin untuk melakukannya. Bagaimanapun dengan tunjuk ajar pengarah, Micheal Ang, saya dapat lakukannya dengan baik.
�Saya turut bersetuju berlakon dalam telefilem ini kerana sudah mengenali Micheal Ang sebelum ini dan tidak mengalami masalah menjalinkan kerjasama dengannya,� katanya.
Sementara itu, Shila berkata, bergandingan bersama kekasihnya, Sharnaaz Ahmad, dalam telefilem itu tidak memberi masalah kepadanya. Malah setiap babak diberikan dapat dilakukan dengan baik.
Semasa penggambaran itu, mereka masih belum mempunyai hubungan, Shila bagaimanapun tidak menafikan ketika itu, mereka dalam proses mengenali hati budi.
"Masa itu kami. Soal peribadi tidak perlu dicampuradukkan. Malah jika digandingkan lagi, tiada jadi masalah buat kami," kata Shila yang semakin selesa bersama buah hatinya itu.
Shila yang juga merupakan pencipta lagu, Patah Seribu, menyatakan dia amat bangga dan teruja apabila karyanya diangkat menjadi sebuah drama oleh pengarah ternama seperti Micheal Ang.
�Saya berasa bertuah kerana tidak ramai penulis lirik dan komposer menerima peluang yang sama dan saya juga tidak sabar menerima respons daripada penonton terhadap lakonan pertama ini.

Kisah percintaan
Kisah percintaannya dengan Sharnaaz, kini semakin mendapat perhatian.
Menurut Shila, hubungan mereka masih dalam proses mengenali hati budi.
Apabila ditanya mengenai perkahwinan, penyanyi yang berumur 22 tahun ini menyatakan, mereka tidak mahu terburu-buru memikirkan soal itu kerana alam perkahwinan bukanlah perkara mudah.
�Buat masa ini kami beri ruang kepada karier masing-masing memandangkan saya dan Sharnaaz masih lagi baru dalam industri ini.
�Jika semuanya sudah stabil dan kukuh, dengan berkat doa peminat dan keluarga, kami akan ke alam itu sebelum Sharnaaz mencecah umur 30 tahun dan saya pada usia 25 tahun,� katanya.

Sedia terima kritikan
Sudah menjadi lumrah bagi seseorang selebriti dihimpit kontroversi. Tidak terlepas daripada perkara sama, Shila juga sering kali dikritik apabila hubungannya dengan Sharnaaz mendapat reaksi negatif daripada segelintir pihak. Paling ketara apabila kemesraannya bersama Sharnaaz dipertikaikan.
Tidak mudah melenting, Shila berkata, dia sedia terima apa saja kritikan selagi tidak menjejaskan karier seninya.
�Bagi saya, semua pihak ada hak untuk bersuara bukannya saya tidak kesah dengan kritikan ini, tapi saya tidak boleh puaskan hati semua pihak. Sebagai seorang selebriti saya telah bersedia menerima apa jua dugaan yang mendatang asalkan saya tahu siapa diri saya yang sebenar.
�Setakat ini saya perlu menghargai sokongan peminat yang sentiasa memberi sokongan dan galakan terhadap kerjaya dan kehidupan saya dengan membuktikan keupayaan dalam setiap bidang yang saya ceburi,� katanya.

0 Responses to "Shila kahwin tiga tahun lagi"

Leave A Comment :