Riki, Skema tersingkir
TIDAK konsisten. Itulah punca utama dua kumpulan dalam Raja Lawak musim keenam (RL6), Riki dan Skema gagal melangkah jauh apabila tersingkir pada minggu keenam yang bertemakan retro.
Mengambil pengajaran daripada kumpulan Gman yang tersingkir pada minggu lalu, juga atas faktor yang sama, ternyata semua peserta RL6 seharusnya kini mempersiapkan diri bagi mengelakkan terkeluar daripada gelanggang tersebut.
Mengikut undian, kumpulan Riki yang dianggotai Norlizal Mohamed Ghani, 27, Mohamad Fadzil Akbar, 24, dan Md. Noor Hazahar, 21, sekadar mendapat undian sebanyak 9.28 peratus.
Manakala Skema yang terdiri daripada Sheikh Abdul Rahman Zainal, 23, dan Mohd Hafizi Zulkifeli, 23, mengutip 11.10 peratus undian.
Menurut Pengurus Saluran Astro Warna, Bob Azrai, persembahan yang ditampilkan oleh kedua-dua peserta tersebut kurang memuaskan selain tidak konsisten sebaik menjejakkan kaki di gelanggang RL6.
�Dalam hal sebegini, peserta seharusnya peka dengan kualiti yang ditampilkan kerana penentu menang atau kalah mereka adalah bergantung kepada undian penonton 100 peratus.
�Apa yang saya lihat sekarang, penonton sudah mampu menilai kualiti persembahan sekali gus mempengaruhi mereka dalam memberikan undi.
�Jika dilihat kembali pada minggu lepas, kumpulan Gman terkeluar juga kerana kurang konsisten sekali gus memberi kesan kepada undian.
�Jadi, ia sepatutnya menjadi pengajaran kepada semua peserta yang masih kekal agar sentiasa tampil dengan jenaka yang segar bagi mengelakkan diri daripada tersingkir,� katanya ketika ditemui selepas program tersebut di Studio 1 Astro, Bukit Jalil, baru-baru ini.
Kumpulan Skema yang berada di bawah bimbingan Cif Kecil Tauke dan Riki di bawah Cif Kecil Angah, akur dengan keputusan tersebut.
Ingin mengekalkan elemen kejutan pada setiap minggu, dalam masa yang sama ia sebenarnya merupakan salah satu cabaran kepada pelawak dalam memastikan kualiti jenaka yang akan ditampilkan pada persembahan seterusnya mampu membuatkan penonton mengundi mereka.
Malah tambah Bob, elemen kejutan juga adalah salah satu format yang dikekalkan bagi memberi pengalaman kepada penonton di rumah.
Kini, enam lagi peserta bakal meneruskan perjuangan dalam gelanggang RL6 pada minggu hadapan iaitu Zero, Shiro, Albob, Cuit, 2Yol dan Selak.
Dengan penyingkiran itu, enam lagi peserta yang meneruskan persaingan pada minggu hadapan adalah 2Yol, Albob, Cuit, Selak, Shiro dan Zero.
0 Responses to "Riki, Skema tersingkir"
Leave A Comment :