�Judi pasar malam�

Posted by admin on 1:53 AM

BUKTI...Mohd Adnan (tengah) menunjukkan wang dan peralatan judi yang dirampas dalam serbuan.
BUKTI...Mohd Adnan (tengah) menunjukkan wang dan peralatan judi yang dirampas dalam serbuan.

SHAH ALAM: Sebuah bangsal kosong di tepi sungai menjadi lubuk kaki judi digelar �judi pasar malam� dengan nilai taruhan yang mencecah setengah juta ringgit sehari di Jalan Bagan, Tanjung Karang, dekat sini, diserbu polis kelmarin.

Kebanyakan kaki judi meredah perjalanan jauh termasuk dari ibu negara, Banting serta tempat lain di Lembah Klang untuk berjudi di bangsal itu.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Mohd Adnan Abdullah berkata, dalam serbuan berkenaan polis menahan 10 suspek lelaki yang berusia 15 hingga 53 tahun.

Adnan berkata, dalam operasi yang bermula jam 4 petang hingga 8 malam itu, polis merampas wang RM23,870.


�Pada jam 5.30 petang polis menyerbu bangsal terbabit dan semua suspek leka bermain judi ketika itu.


�Nilai pertaruhan judi itu bermula RM100,000 hingga RM500,000 dan semua suspek bekerja sebagai petani, pekebun dan peniaga.

�Judi berkenaan digelar sebagai judi pasar malam berdasarkan cara permainan mereka dan pertaruhan di antara mereka,� katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, semalam.


Turut dirampas dalam operasi itu ialah 200 kad, 30 dadu, dua piring kaca dan mangkuk, pen, 30 kad angka, meja dan kerusi kayu serta 440 cip pelbagai warna.