Festival Dram Dunia Royal Belum buka tirai di Taiping

Posted by admin on 6:24 PM




TAIPING � Festival Dram Dunia Royal Belum yang membuka tirainya malam tadi mendapat sambutan hangat daripada pengunjung di Taiping Sentral Mall di sini.

Lebih 1,000 orang membanjiri ruang legar kompleks beli-belah tersebut sejak lewat petang untuk menyaksikan persembahan hebat paluan dram berharmoni yang julung-julung kali diadakan itu.

Kebanyakan mata pengunjung mula terpukau sebaik sahaja Kumpulan Gendang Serunai Batu Kurau yang dianggotai anak tempatan merasmikan pentas persembahan pembukaan tepat pukul 8 malam.

Suasana semakin hangat apabila kumpulan Bonita dari Vietnam yang turut dianggotai beberapa gadis jelita mengambil alih pentas.