Erin Res2��Hijrah� Seorang Bekas Penari Gelek

Posted by admin on 5:51 PM

Lily Zarina Khalil atau Erin Res2 ni dulu tak pernah lekang dari kontroversi.
Kes penceraiannya, kes mahkamahnya, gambar dia pegang anjing dan yang paling hangat kisah dia menjadi penari gelek.
Ketika itu, dalam akhbar, dalam internet habis kecoh kisah dia bergelek sakan dengan imej seksinya di depan khalayak.
Namun dalam satu temubual dulu, dia mengakui terpaksa berbuat demkian demi mencari sesuap nasi terutama untuk membesarkan anak perempuannya yang seorang itu.

�Dulu, ibu saya pun pernah dikata ibu ayam. Saya sendiri pernah dituduh menjadi pelacur, anjing kurap dan macam-macam lagi kata kesat yang mereka lemparkan kepada anak saya. Cerita mengeji ini tidak akan habis sekiranya masyarakat tidak berhenti memandang serong terhadap apa yang Erin lakukan. Tak kanlah semua sumber pendapatan daripada penari gelek itu haram?
�Erin sedar yang diri ini tidak sempurna. Banyak kesilapan dan kekhilafan ketika berdarah muda. Menghabiskan masa di kelab malam, berparti dan bermacam-macam lagi pernah menjadi tabiat satu ketika dahulu. Namun percayalah, manusia berubah. Berilah peluang kepada anak Erin untuk membesar macam anak-anak lain,� pinta wanita ini dalam sebuah akhbar suatu ketika dulu. Dan setelah lama tak dengar khabar beritanya, blog hiburan ****************** ada menyiarkan gambar terbaru Erin dengan suaminya�suami baru rasanya tu. Nampak sudah ada �transformasi� bagi bekas penari gelek dan anggota kumpulan rap Res2 ini. Dia sudah pun mengenakan tudung dan tidak lagi beraksi dalam gaya yang �bukan-bukan�.

image


Bagi penulis, ini satu kejayaan buat anak seni ini.Bukan mudah untuk melakukan perubahan atau penghijrahan namun Erin membuktikan yang tiada yang mustahil mengenainya. Mungkin akan ada suara-suara sumbang yang mempertikaikan �transformasi� Erin, namun bagi penulis kita hendaklah berfikiran positif dan mendoakan perubahan itu tidak bersifat kosmetik semata-mata. Berkenaan tarian gelek itu, penulis tak tahulah sama ada dia masih �bergelek� atau tidak�namun rasanya dengan penampilan barunya itu, mustahil Erin kembali melakukan pekerjaan yang cukup kontroversi itu.
Semoga Erin telah menemui ketenangan yang dicarinya selama ini�InsyaAllah

Sedangkan pantai lagikan berubah, inikan pula manusia